Sunday, December 23, 2012

Dugaan hari samalam, hari ini dan esok

Semua orang pasti ada dugaan atau ujian yang menimpa mereka. Sama ada dugaan itu kecil, sederhana dan juga besar pasti akan rasa tertekan walaupun sekejap. Setiap dugaan juga mempunyai hikmah yang tersembunyi sama ada mengingatkan kita tentang kesilapan yang lalu atau memberikan ujian untuk meningkatkan keimanan atau juga membuatkan kita lebih sabar. daripada dugaan itu juga, kita perlu lihat daripada setiap atau pelbagai sudut. Sama ada kita hendak redha, tertekan, sedih, sabar, ataupun erm dugaan....Terpulang bagi kita bagaimana kita melihat dugaan itu. 

Dugaan semalam

Aku tidak faham, setiap semester pasti ada sahaja dugaan yang aku akan tempuhi. Ketika aku di tahun 2, purse aku telah hilang. Ya Allah rasa tertekannya, risau pun ada. Semua kad bank aku ada dalam itu beserta ic.Tapi Allhamdulillah kad matriks aku simpan dalam beg bukan dalam purse. Dalam kesulitan itu ada kemudahan. Allhamdulillah, aku mempunyai seorang sahabat yang baik telah membawa aku ke balai polis untuk membuat report. Opss lupa hendak bagi tahu sebab kejadian purse aku hilang ialah tidak pasti semacam magik...mungkin aku tercicir. Sahabat aku bernama Sakinah juga telah membawa aku untuk membuat ic baru. Terima kasih sahabat...

Dugaan ketika itu juga,  aku sentiasa berasa sakit kepala.Mungkin kerana assingment yang tidak siap. Lumrah kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang sentiasa sibuk dengan assingment. Dugaan semalam juga bukan hanya kehilangan purse tapi mungkin banyak lagi yang aku tidak ingat. Bagaimana aku menghadapinya? Itu terpulang bagaimana aku mampu mengurus emosi sebagai seorang perempuan.


ini bukan purse aku, sekadar gambar hiasan


Dugaan Hari ini

Tahun akhir, tahun 4. Aku rasa semacam kusut walhal kelas bukan banyak mana pun. Dugaan hari ini yang hendak diceritakan ialah aku kehilangan handset yang buat pertama kali first aku. Sebelum ini aku guna handset ayah dan aku tidak pernah beli pun handset. Kronologi cerita agaklah pelik dan magik serta ajaib.  22 disember 2012 aku telah pergi ke kem herba untuk membawa ahli-ahli usrah aku ke kem taman herba, sungai congkak. Untuk pengetahuan aku bukan naqibah tapi sebagai pengurus usrah bagi fakulti aku. Kami tiada naqibah tetapi naqib yang diimport khas iaitu senior aku. Sebelum bertolak, kami semua singgah di Kolej KKM untuk bersarapan. Sebelum, aku turun bas, aku ambil purse dan ketika ambil purse aku mencari juga handset aku tapi tidak jumpa, mungkin di dalam beg kata hatiku. Namun setelah siap bersarapan aku naik semula dan mendapati handset tersebut tiada. wow sungguh hairan bin ajaib. Namun setiap dugaan diselit juga kegembiraan. 

Di taman herba, aku berasa sungguh seronok melihat ahli-ahli usrah ISIUKM daripada pelbagai fakulti berasa enjoy dengan aktiviti yang dianjurkan oleh urusetia. Zaman aku dulu? Tidak pasti ada ke tidak ataupun aku tidak perasan. Aku telah menjaga check point flashmob. Pelbagai gelagat, gaya dan cara yang mereka persembahkan. Gelihati aku melihat mereka.

usrah, keluarga
gambar ihsan dari presiden pmukm a.k.a timb presiden isiukm


Setelah selesai semua, aku masih memikirkan handset aku yang hilang. Dalam perjalanan pulang didalam bas aku masih mencari handset tetapi tidak jumpa. Mungkin tiada rezeki untuk aku bersama dengan handset tersebut dalam jangka masa yang panjang. Tapi handset aku bukan canggihpun, dahlah ada nombor tercabut. Pelik dan hairan sungguh.

Dugaan Esok

Aku tidak pasti, sama ada esok pasti dugaan yang aku tempuhi mungkin lebih besar daripada kehilangan harta benda. Aku mungkin diberi tarbiyah bagaimana aku hendak tempuhi dugaan ini. Dugaan esok juga, mungkin membuatkan aku lebih tabah dan kuat. 

pergantungan kepada Allah, perlu tinggi



Wednesday, December 19, 2012

Pejuang Islamkah aku?

Aku teringin menjadi pejuang agama-Mu ya Allah.
Tapi apakah usaha aku selama ni dikira cukup menjadi pembela agama-Mu.
Adakah diriku layak bersama para mujahidin-Mu?

Aku sering kali lalai dan hanyut dengan dunia,
Walaupun aku tahu dunia itu hanya persinggahan sahaja,
Ya Allah, apakah dosa-dosaku telah menghijb doaku?
Aku tidak kuat Ya Allah....




Aku cemburu dengan mereka yang bersungguh-sungguh menegakkan kalimah-Mu.Aku rasa tidak punya apa-apa untuk dipersembahkan kepada-Mu. Apakah yang harus aku lakukan?. 

Aku bersyukur. Sangat bersyukur...Tatkala aku aku berasa kekosongan kau hantar aku di sekolah yang mempunyai biah solehah. Tatkala aku rasa kehilangan sesuatu kau hantarkan seorang sahabat untuk bersama-sama mengenal-Mu. Tatkala aku takut kau datangkan aku, mereka yang bersunguh-sungguh menegakkan agama-Mu. Kau telah hadirkan mereka untuk memberi sokongan kepada ku. Namun aku tidak pasti sama ada aku sedar atau aku masih leka dalam khayalan sendiri...

Masa hadapan? Aku tidak pasti. Namun, aku bercita-cita akan menjadi seorang pendidik. Pendidik yang sentiasa membawa ahlak Rasulluah, Pendidik yang membawa agama-Mu yang sebenar, Pendidik yang ingin anak-anak didik mengenal dan menjadi pejuang agama-Mu. Aku tahu, mungkin usaha aku ini mungkin hanya usaha yang biasa, tapi siapa tahu hasilnya bagaimana?

Sunday, December 16, 2012

Sudah Hampir............






Exam sudah hampir
Semester hampir berakhir
Sudah tahun akhir
Pastikan akan ku ingat memori
kita, awak, kamu, anda, dia,mereka dan semuanya di UKM





Sekian......

Sedih campur gembira campur risau sama dengan?

Selamat Maju Jaya Hidayah ^_^

Sunday, December 9, 2012

Aku nak jadi budak @ manusia yang baik

Aku nak sangat ingin menjadi seorang manusia yang baik. Baik dari segi tutur kata ataupun ahlaknya. Aku sangat cemburu dengan orang yang berubah menjadi seorang yang baik malah istiqamah dengan setiap perubahan yang dilakukan. Ya, Allah memang sungguh Hidayah itu milik engkau. Kadang-kadang aku fikir, aku dikalangan orang yang mungkin sedikit faham tentang Islam, namun kesungguhan aku untuk betul-betul istiqamah dijalan kebaikkan itu agak payah, kenapa?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kalau mereka tidak mengubahnya sendiri. Aku sedar itu. Tiada orang lain yang mampu mengubah aku melainkan diri aku sendiri. Dan aku sendiri rasa kecewa dengan diri sendiri, aku tahu mati dan kiamat itu tetap akan tiba namun amalan??



Hendak berubah jadi baik perlukan persekitaran yang baik. allahamdulillah di rumah ibubapa aku juga seorang yang menekankan agama walaupun pengetahuan agama mereka tidak tinggi. Sekurang-kurangnya mereka amalkan apa yang mereka ketahui. Di sini, tempat akau belajar, ramai sahaja kawan-kawan yang kearah kebaikan. Rakan-rakan rapatku? Mereka biasa sahaja. Cuma aku tak tahu bagaimana hendak mengajak mereka kearah kebaikan.Aku memang lemah bab menerangkan dan menceritakan. Antara kami, 2 orang sahaja yang pergi usrah. Sepatutnya aku memberi usrah kepada mereka yang tidak pergi, tapi aku tidak mampu.Ah....alasan...

Majlis-majlis ilmu di UKM ini banyak. Aku rasa macam nak pergi semua. Last-last kadang-kadang semua tak terpergi. Aku mahu ada orang yang sama-sama kuat untuk mencari ilmu. Aku mahu orang yang sama-sama hendak berubah menjadi lebih baik. Aku mahu seorang sahabat yang bayak bagi dorongan. Bagi nasihat, bagi sokongan. Aku tahu sahabat aku baik tapi disebabkan aku tidak baik, aku masih belum mendapat sahabat yang cukup sempurna. Bukan mereka tidak sempurna, aku yang belum mampu menjadi baik.........................

Jadi baik??

Tanya diri sendirilah....

Wednesday, December 5, 2012

MEMORI SURABAYA MALANG PART 1


Julai 2012

Awal-awal lagi kami pergi melawat muzium di sana. Bukanlah tujuan kami pergi ke sana untuk berjalan-jalan tetapi perkongsian ilmu pelajar program pendidikan khas di Malaysia dan Indonesia.




Thursday, November 29, 2012

Aku kawin?

Macam tak percaya pulak aku kawin...heheh...Bukan sekarang dan aku tak tahu bila. Ya, memang kalau mak aku tanya, dah ada ke? Of courselah aku jawab dah. Cuma siapa? itu yang aku tak tahu. Bagi sesetengah orang tatkala umur mereka dalam 20 an, mereka mula mencari pasangan hidup mereka. Bagi aku perkahwinan bukan untuk suka-suka. Bukan sehari dua. Bukan berkahwin dengan seorang sahaja tetapi seisi keluarga.



Umur aku 21 tahun. Orang kata dah boleh cari dah. Cuma aku masih belum bersedia lagi. Aku takut si dia tidak menerima aku seadanya. aku takut bagaimana dengan keluarganya. Sebab itulah aku perlukan ruang masa untuk bersedia. Perkahwinan juga bukan sekadar sebagai sepasang suami isteri tetapi saling lengkap melengkapi dalam mencari redha Ilahi. Saling sokong-menyokong menegakkan agam Allah.

Bila aku kata dalam 3 tahun lagi kot aku baru berfikir hendak kahwin, kawan aku kata lambatnya. Mak aku pun suruh cepat-cepat. Hanya aku sahaja tahu bila aku betul-betul bersedia.Dan aku tahu bila sampai masanya, sampailah. Cuma sekarang hidup aku bagaikan tunggang langgang dan aku perlu memperbaiki keadaan hidup aku. Bukan sekadar untuk berkahwin tapi persediaan untuk mati, itu lebih penting. Tapi itulah, menaip dan berkata lebih senang berbanding dengan tindakan....

Ya Allah permudahkan lah......^_^


Wednesday, November 21, 2012

why me?

Aku selalu fikir kanpa mesti aku? kenapa tidak orang lain. Aku tahu jawapannya. Tapi aku still tanya kenapa mesti aku. Kadang-kadang aku rasa aku tak kuat. Bukan bermakna aku tidak mampu tapi aku tidak kuat. Aku perlukan sokongan sahabat-sahabat. Tapi aku tak faham kenapa aku sahaja yang begitu ambil berat. Kadang-kadang aku tak pasti semua benda yang aku buat itu untuk apa dan untuk siapa?. Ikhlas ke aku atau sekadar nak laksanakan tanggungjawab.

Kadang-kadang aku fikir ini mungkin ujian atau tarbiyah dari Allah untuk aku terus dapat pahala. Aku tahu aku banyak buat silap dan dosa. Aku rasa sedih...Allah begitu sayangkan aku. Tapi aku?berapa banyak aku bersama dengan-Nya. Perintah dan arahan-Nya? Bagaimana kau laksanakan dengan bersungguh-sungguh.Muungkin inilah sebabnya kenapa mesti aku yang selalu buat sesuatu kerja. Kerja aku tak banyak pun. Cuma aku tak kuat.

Sahabat yang membaca ini, janganlah terasa...cuma aku perlukan sokongan kalian. Aku bukan buat untuk diri ku. Aku buat kerana ISLAM itu sendiri. Kalau aku sorang sahaja yang buat tak perlulah adanya organisasi. Tapi mungkinkah perasaan aku sendiri. Mungkin kalian pernah membantu cuma aku sahaja tidak nampak. Cuma aku minta sekurang-kurangnya bertanya atau menjawab soalan aku kalau kalian tidak mampu.

Thursday, November 1, 2012

Kisah di ktm, raya dan atok

Jam menunjukkan jam 8.30 Pagi. aku sepatutnya sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung halamn aku di Johor. Namun begitu, aku masih belum membuat sebarang persiapan. Handset ku berbunyi....

" Akak tak siap lagi?"

" akak penat, malam tadi tidur lewat"

" Cepat sikit, ila balik awal tau"

" ya...ya"

Sepatutnya jam 9, kawan aku suruh pergi meeting dengan dr Jamil tapi terpaksalah di cancelkan. Aku bergegas menyiapkan diri lantas jam 9.30 aku menaiki bas.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Tidak ada apa-apa yang spesial sangat raya kali ni. korban pun tak buat. Aku membantu mak menyiang sayur kangkuk dan taugeh. Teka masak apa? jeng..jeng....

Adik main game. Ila kononnya sudy tapi telah pengsen. Iyalah budak asrama. abang zaki? Tidak pasti sebab tak ingat dia buat apa.

Ayah? Dia pergi sekolah. Bertugas. Jam 5 petang kami bertolak ke batu pahat kampung halaman atok dan nenek.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Semua orang puasa hari tu. Selamat berbuka semua...sayur kangkung dengan taugeh tadi buat masak pecel. Sedapkan....

Aku melihat atok aku. sayup je pandangan aku terhadap dia. Tapi aku nampak atok agak sedikit berisi. kaki dia dah bengkak, so dia agak susah nak berjalan.Kondisi atok tak sama macam beberapa tahun dulu. Atok dulu masih lagi mampu solat berdiri sekarang dah tak mampu nak berdiri. Ingatan atok pun dah tak kuat.

Atok umpama anak kecil. Aku berpengalaman menyuapkan atok, bagi minum air dan bual-bual dengan dia. Mak kata belajar buat semua tu. Tapi bila aku tengok atok je, aku memuhasabah diri aku, beginikah ketika aku tua nanti.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Balik UKM

Sperti biasalah aku naik kenderaan awam seperti bas dan ktm. Dalam perjalanan ke ukm menaiki ktm, ada seorang pakcik atau sengkatan dengan atok akulah umurnya. Dia bertanyakan aku bolehkan dia duduk bersebelahan dengan aku. Dan aku mestilah membenarkannya, yalah tak kan tak bagi.

Kenapalah mulut aku ringan sangat untuk bertanya pak cik tu dari mana. Pakcik tu dari Kuala Pilah melawat kakaknya di bandar tasik selatan. Selepas bertanya tak lama kemudian pak cik tu bagi aku air kotak. Sebenarnya aku dah kenyang baru lepas makan. Tapi tak pelah aku terima.

Dalam keadaan agak pening kerana sakit tekak, kemudian pakcik tu bagi pulak roti. ya Allah banyak pula pak cik ni bagi. Tak lama lepastu dah nak sampai pakcik tu bagi pula buah betik..Aish....kenapa pula dia bagi-bagi ni. Agak takut sebenarnya tapi bersangka baik. Di Kuala pilah dia duduk dengan kakaknya dan anak sedara dia. anak dia? aku tak tahu. Tak tanya pulak.

Sampai di KTM UKM, pak cik tu bagi RM 10. Aku yang ni memang tak boleh terima. Kenapa nak bagi aku duit. Aku suruh pakcik tu bagi kepada anak buah dia. Dia kata anak buah dia tak nak.Macam mana ni....aku terima jelah. dia kata RM10 ni tak banyak.Tak tahu nak buat apa. Mungkin aku boleh doakan bahagia dunia akhirat.Sampai aku ingat dia ni siapa? Malaikat ke? huhu.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Peristiwa yang mengajar aku erti kehidupan dan bermuhasabah setiap perkara yang kita lakukan.




Saturday, October 20, 2012

Senyumlah ^__^

Senyumlah seperti seindah suria pagi,
Yang menyinari dipagi hari,
senyuman itu bagaikan cahaya,
Yang memberi erti bahagaia.




Wednesday, October 3, 2012

SAMSENG

Harian metro hari ini di sini
Umurnya baru 9 tahun, tapi perangai berlagak macam samseng  memang samseng. Astaghfirullah mintalah jauh daripada anak muridku,anak,adik...Adakah kerana tidak suka akan seseorang itu sampai begitu sekali tindakannya...Masalahnya sekarang umur budak tu bari s.e.m.b.i.l.a.n tahun.

Persoalannya sialah siapa?

1. Ibubapa

Ramai dalam kalangan masyarakat kita akan cuba menundingjari kepada ibubapa. Ibubapa sibuklah, bercerailah, tidak ambil berat tentang anaklah. Tapi bagi situasi ini kita cuba lihat dimanakah kejadian tersebut berlaku? 1.30 petang di sekolah. Ya, MUNGKIN ada salah satu penyebabnya tapi saya kurang bersetuju. Bagaimana kalau ibubapa yang sangat sayang, jaga anaknya dengan baik, prihatin tentang keadaan anak di sekolah? MUNGKINkah masih menjadi salah kepada ibubapa?

2. Guru

Bila dah kecoh satu sekolah, ibubapa dan masyarakat mula menyerang guru. Guru tidak prihatinlah, tak pandai ajar anak oranglah, tiada kawalan disiplinlah. Ibu nak jaga seorang anak pun payah lagikan guru nak jaga murid 30 orang satu kelas. 

3. Pengaruh rakan

Ini semua sebab rakan yang beperangai jahatlah ni mempengaruhi mereka. Err...habis tu rakan dia terpengaruh kat siapa? kawan dia juga? habis perangai buruk kawan dia salah siapa? kwan dia juga?
kadang-kadang resistance diri yang tidak kuat mahu menyalahkan orang lain. Tapi budak tu baru s.e.m.b.i.l.a.n tahun.


4. Sistem pendidikan

Sitem pendidikan? pendidikan yang hanya mengejar duniawi? tapi dalam sistem pendidikan ada ajar nilai-nilai murni. Tapi kenapa masih ada terdapat murid yang masih melakukan perkara mazmumah?

5. Filem

Ada sedikit setuju. Tak dapat dinafikan cerita-cerita gangster, lucah, memang sangat banyak menular di negara kita. Bukan ibubapa tidak boleh kawal tapi dengan dunia teknologi sekarang memudahkan perkara tersebut didapati. Cerita kartun pun mereka boleh terpengaruh apatah lagi filem lakonan sebenar manusia.

6. Anda nyatakan sendiri

:: Sebenarnya salah siapa anda sendiri yang boleh menjawabnya. sesiapapun salahnya sebenarnya menjadi tanggungjawab kita membentuk generasi menjadi insan yang soleh dan solehah dunia dan akhirat. Jangan mengharap kepada seseorang sahaja tapi kita semua perlu bantu mereka. 




Monday, October 1, 2012

MARAH

Semalam saya rasa geram dan marah. Saya beranggapan semua kena bergantung kepada saya. Tetapi saya paling tidak suka perasaan marah. Kadangkala bila kita marah kita akan hilang pertimbangan. Orang yang tidak bersalah boleh menjadi mangsa. Bagi saya anda pun tidak suka dimarahi bila bukan anda yang melakukannya.Oleh itu jangan buat seperti itu kepada orang lain, sekiranya anda tidak mahu diperlakukan seperti itu.

Situasi saya berbeza, jika dahulu mudah sangat marah kepada orang, ia akan membuatkan kepala saya sakit. Tenaga akan lebih banyak diperlukan jika kita marah. dan kita akan berasa penat.Kini perasaan marah saya mudah hilang.Maka saya fikir begini, anda marah, apa anda boleh buat? perkara tu boleh menjadi lebih baik? tidakkan...So, cool...rileks...tarik nafas dan lakukannya. Kalau kita marah-marah pun kita masih lagi perlukan mereka untuk melakukan kerja bersama-sama. Tapi saya tahu sabar manusia ada hadnya. Cuma marah manusia janganlah sampai silaturrahim terputus, tak bercakap selama beberapa hari. Jangan pentingkan diri sendiri. Hidup di bumi ini kita saling perlu-memerlukan. Kalau nak rasa diri sahaja yang hebat dan betul jangan duduk di bumi ini.



Saya percaya orang yang mudah marah-marah, hidup dia tidak bahagia berbanding orang yang sentiasa senyum walaupun dalam hatinya marah-marah. Apapun ambil wuduk, duduk dan baring untuk legakan perasaan marah anda.

Saturday, September 29, 2012

TIDAK PERNAH BERMIMPI

Semua orang mesti mempunyai mimpi atau impian. Setiap mimpi dan impian yang diinginkan mesti yang indah dan bahagia. namun begitu ada perkara yang indah dan bahagia itu kita tidak pernah bayangkan atau impikan untuk mendapatkannya. Bagi saya perkara itulah yang paling bahagia. Tapi kebahagiaan yang disangka selamanya itu pasti ada ujiannya. Sebagai manusia kita tidak mampu mengawal apa yang berlaku walaupun kita berusaha bersungguh -sungguh untuk menggapai impian atau mencari mimpi atau tiba-tiba muncul dalam diri kita. Semuanya itu daripada Allah. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Mungkin impian yang baik dari mata kita tidak baik bagi Allah, maka Allah telah memberikan yang lebih baik daripada itu.



Setiap perkara yang tidak pernah saya mimpikan sebelum ini berlaku pada diri saya mungkin Allah hendak memberi peluang bagi saya untuk mendapatkan pahala dengan lebih banyak. Ya, sebab saya tahu saya banyak berdosa pada-Nya. Mungkin inilah salah satu caranya saya menambah amalan kebaikan saya. Saya tahu Allah itu maha pemurah lagi maha penyanyang. Tapi adakan saya mencintai Allah dengan sepenuh hati?




Monday, June 25, 2012

Islam tidak pernah kalah

Alhamdulillah...Allahuakbar...Akhirnya pada 24 Jun 2012 mesir mempunyai seorang presiden. Presiden seorang penghafaz al-quran. Mungkin sahabat-sahabat sudah maklum daripada facebook dan twitter. Pada 24 Jun tersebut wall saya penuh dengan post-post kesyukuran dan takbir. Mengalir air mata saya tatkala membacanya, usaha Imam Assyahid Hassan Al-Banna tidak sia-sia bahkan tidak akan pernah berakhir. Di sini saya ingin berkongsi ucapan Presiden Mesir 2012, Dr Muhammad Mursi ;




Taatilah saya selagimana saya mentaati Allah.. 
Tanpa darah para syuhada, tidaklah saya akan menjadi Presiden.
 Kebangkitan ini berterusan sehinggalah ia memenuhi semua tuntutan Medan Tahrir. Penghargaan buat tentera dan polis, mereka mempunyai tempat istimewa di dalam hati saya. 
Kini semua lapisan rakyat diseluruh negara adalah kaum keluarga saya. 
Bersama kita membina Mesir sebagai sebuah negara berperlembagaan yang moden, berteraskan identiti dan rujukan kita sendiri.
 Tiada lagi ketidakadilan selepas hari ini, semua pihak adalah sama disisi undang-undang. 

"Dan takutlah kamu kpd hari dimana kamu akan dikembalikan mengadap Allah.." 
 inilah ayat yg akan kekal di dalam pemikiran saya... 



:: Bila lagi di Malaysia? tunaikankanlah tanggungjawab kita di pilhan raya. Moga pilihan raya ini merupakan pilihan raya yang bersih. Letakkanla sesuatu pada tempatnya. Semoga kemenangan ini menjadi perangsang kepada rakyat Malaysia...

Sunday, June 24, 2012

MEMBUAT KEPUTUSAN

Alah senang sahaja buat keputusan ya atau tidak sahaja. Cakap memang mudah. Sesuatu keputusan itu memerlukan pertimbangan.Antara pertimbangan yang seringkali 
kusut bagi kita untuk memikirkannya ialah:

1) diri sendiri
2) kawan
3) family                                                                       
4) guru/lecturer
5) persekitaran

Dan sebenarnya banyak lagilah yang kita perlu pertimbangkan. Disaat kita buat pertimbangan terhadap sesuatu keputusan sudah semestinya terdapat segelintir tidak dapat menerima keputusan itu. Pada ketika inilah konflik ini bermula. Pada saat ini juga pembuat keputusan akan diselubungi rasa bersalah. Hendak buat pilhan ini atau yang itu. 


Disaat fikiran dan hati bercelaru untuk membuat keputusan kepada siapakah yang utama harus kita merujuk:? Ya kita sering lupakan-Nya. Pencipta kita Allah s.w.t, Dia pencipta kita sudah  tentu Dia tahu akan kehendak kita. Perkara yang ingin dijaga hati mereka. Tapi kita lupa setiap perkara tidak akan terjadi tanpa keizinanan-Nya.

::Setiap keputusan mesti ada hikmahnya. Redhalah dengan sesuatu itu. Jika kita fikirkan kepentingan diri sendiri sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati kita sampai bila-bila. Hidup ini sebuah perkongsian. Berkongsilah walaupun ianya tidak semanis madu kerana mungkin itulah sebenarnya yang paling manis tanpa kita sedari.

Wednesday, June 20, 2012

MENGAJI

Didiklah anak-anak anda mengaji dari kecil. Agar bila besar nanti, Al-Quran menjadi sahabat sejati. Saya teringat ketika saya masih kecil, mak ayah saya ajar saya mengaji dan saya menangis. Saya menangis kerana saya tidak berapa pasti sama ada saya silap baca atau tidak mahu mengaji. Apa yang penting saya menangis ketika mengaji dan mak ayah saya kata kalau tidak mahu mengaji mak ayah saya tidak akan hantar ke sekolah. Kemudian saya diam. Alhamdulillah saya cepat naik Al-Quran, namun saya lambat khatam. Ketika saya berada di sekolah rendah saya mengaji di rumah ustazah saya. Sebenanrnya saya sudah khatam awal tetapi saya sengaja tinggalkan beberapa muka surat seolah-olah saya belum khatam untuk mengaji di rumah ustazah. Ustazah banyak membetulkan bacaan saya dengungnya, panjang pendeknya dan mcam-macam lagi.



Kini saya pula mengajar adik saya mengaji. Ketika dia kecil dia juga sering menangis ketika saya mengajarnya mengaji. Kadangkala saya tidak marah dan hanya menegur tetapi dia tetap menangis kerana dia berasa sudah penat untuk mengaji. Tetapi budak kecil ini kita jangan terlalu menekankan mereka. Mereka ini perlu dipujuk dan bercakap dengannya baik. Alhamdulillah kini dia sudah berumur 11 tahun dan boleh mengaji dengan baik. Cuma tajwidnya masih perlu diperbetulkan lagi. Alhamdulillah adik saya sedang berusaha untuk menghafal surah-surah lazim dan dia terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan hafazan. Walaupun dia tidak menang, saya berharap suatu hari nanti dia menjadi seorang tahfiz.Saya pun masih tidak mampu hafal surah-surah yang dia hafal.huhu Malu juga ni.


:: Al-Quran bila berada dalam hati akan membuatkan hidup kita dipandu dengan baik. Walaupun kadangkala kita tidak memahami isi Al-Quran tersebut, hati kita tetap akan menjadi tenang. Bila kita di alam barzakh nanti Al-Quranlah jadi peneman kita sekiranya kita melaziminya. Saya berharap, saya dapat mengaji dan mentadabur Al-Quran dengan baik. Saya akui kadangkala saya sering meninggalkan bacaan al-Quran. Namun, bila saya meninggalkannya, ia membuatkan hidup saya macam kehilangan sesuatu..T_T...Al-Quranlah pelengkap hidup kita sebenarnya. Moga selepas ini Al-Quran akan menjadi sahabat baik kita. 

Tuesday, June 19, 2012

PERKENALAN KITA

2003 teka masa tu umur berapa? masa tu saya tingkatan 1. Saya masuk ke sekolah itu pada bulan ogos kerana sekolah itu baru sahaja dibuka. Saya kenal awak melalui rakan sekolah rendah saya. Rakan saya tu satu dorm dengan awak. Sejak itu kita bermula bekernalan. Awak pandai Sains, seingat saya. Hebat sungguh..Kemudian kita sering bersama-sama. Tapi kita suka marah awak huhu.minta maaf. Marah untuk kebaikan. Tapi kita ingat masa kita sakit awak jenguk kita. Terima kasih banyak. Kita pernah ada konflik masa form 2 dan kita nangis. Tapi bila fikir balik rasa kelakar pula.terima kasih MUNIRAH kerana jadi kawan kita.

Tak silap kita, awak masuk sekolah lewat seminggu. Awak ni lembut orangnya. Hebat berbahasa arab. Pandai pula tu. Rasa bertuah berkawan dengan awak. Awak kawan kepada dia. Sejak tu kita kenal awak. Tambahan warna rumah sukan kita sama. Awak ni pendiam orangnya ketika itu. Kita je yang selalu cakap. mesti awak penat cakap dengan kita kan hehe. dulu kita panggil munirah ialah syimah. Selepas kita dengar awak panggil nama munirah kita terus panggil dia Munirah sebab sedap. Terima kasih FATIN kerana jadi kawan kita.

Kita kenal awak masa kat suarau. Tapi tak ingat macam mana boleh kenal, ingat tempat je. Awak sangat baik antara kita semua. Terlalu sangat mengambil berat.Kadangkala rasa macam kita mempersiakan awak. Selalu sahaja marah awak.Minta maaf sangat-sangat. Kita bukan kelas sama. Rumah sukan pun lain. tapi awak sama rumah sukan dengan MUNIRAH. apapun UMI terima kasih kerana jadi kawan kita.

Masa tu kita form 4, kita kenal awak kat surau. Kita dapat tahu awak ni adik kepada senior sekolah kita. Sebaya pula tu. Kita ingat masa tu kita tengah bersiap-siap pakai telekung tapi kita tak ingat apa yang kita bualkan dengan awak. Sejak itu perkenalan kita bermula. Awak pun pandai orangnya. Dulu msa nak study, kita pergi dorm sebelah nak kejutkan study sama-sama. Awak selalu bagi kata-kata semangat walaupun kita kelas berbeza.Terima TIQA kerana jadi kawan kita.

kenangan bersama MUNIRAH, FATIN, UMI dan TIQA kita tidak akan lupa. Banyak kenangan, manis,masin pahit bersama. Walaupun dahulu kita keanak-anakan, harap kita kini boleh menjadi harapan UMMAT.TERIMA KASIH SEMUA...

OPSS TERTIDUR PULA MATA I HEHE
MUNIRAH-TESL
FATIN-SYARIAH DAN LAW
UMI- BIOTEKNOLOGI
TIQA-TESL
DAYAH-CIKGU KHAS

I LUV U SAHABAT
SAHABAT SAMPAI KE SYURGA....

Monday, June 18, 2012

HATI INI MILIK SIAPA?


A : bodoh ke aku sebab masih ingatkan dia

B : bodoh? x lah kau x bodoh

A : kenapa?

B : sebab ianya melibatkan perasaan, x salah kau ingatkan dia, tapi....

A : tapi apa?
B : x ada apa2lah.dengar sini baik-baik....

A : ya...

B : siapakah pemilik hati ni?

A : erm, aku x paham. hati siapa?

B : hati kaulah..

A : mestilah aku, x kan kau kot (muka kerut)

B : (senyum) hati ini milik Allah. Dialah pemilik hati ini.Jadi kau berdoalah kepada-Nya. Nangisla puas-puas. Minta kepada-Nya iaitu pemilik hati ini agar melupakan si dia. Aku tahu pahit untuk kau dan kau x terdayakan?

B : ya, aku dah penat menanggung perasaan ini.

A : Masih tidak terlambat untuk kau berubah dan melupakannya.

B :(air mata mengalir), aku tahu semua tu silap aku, terlalu ikutkan perasaan cinta tu.

A : X pelah. Perkara berlalu, biarkan berlalu. Kau dan aku, jom sama2 kita mencintai pemilik hati ini.bila masanya nanti tibalah ia..aku yakin selangkah kita cuba dekat dengan Allah, seribu langkah Allah dekat dengan kita.

B : terima kasih sahabat. aku sangat sayangkan kau....lega dah hati ni (sedikit tersenyum)

A : sama2 =)



:: pilihlah yang halal, kerana yang halal itu mendapat keberkatan....

Wednesday, June 13, 2012

HIDAYAH itu milik ALLAH

Hidayah itu sememangnya milik Allah. Dia berkehendak untuk memberi Hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Sejak akhir-akhir ini ramai orang kembali kepada fitrah bergama. Sesungguhnya untuk mencapai ketenangan itu perlu kembali kepadanya. Namun masih ramai lagi beranggapan Hidayah itu perlu mendapatkan seru. Ya memang Hidayah itu milik Allah, tapi bagaimanakah mungkin kalau hendak dapat jika kita tidak berusaha.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi mereka yang kembali kepada fitrah, usaha mereka lebih berlipat ganda. Hal ini kerana, mereka sudah terlena dbuai mimpi dunia, dan kini masanya untuk kenal Pencipta dunia. Jangan sangka mereka yang membuat maksiat tiada peluang untuk bertaubat dan kembali kepda Tuhan. Jangan sangka mereka ialah ahli neraka. Kita tidak tahu bilakan hidayah menerjah dalam diri mereka. Tanggungjawab kita membantu mereka sama-sama mencari hidayah.


:: peringatan diri: Kadangkala , aku masih tertanya adakah aku masih belum diberi hidayah? sedangkan aku sudah banyak mengetahui perkara-perkara tentang Islam, namun bagaimanakah pelaksanaannya?. Aku rasa aku masih tidak cukup kuat. Aku mahu berubah menjadi insan yang baik di sisi Allah. kadangkala mereka yang baru berubah lebih Baik berbanding aku.

Saturday, June 9, 2012

EXAM FEVER

Pertama sekali tahnaih kepada anda dan saya kerana telah berada di semester ke 6. Cepatnya masa berlalu. 11 Jun ni peperiksaan akhir. Demam exam ni rasa cam berdebar-debar(walhal study entah tidak?? :-p).hoho no komen. Tidak sangka dah lama berada di UKM. Macam-macam kisah duka yang dilalui bersama. 


Saya nak menyeru kepada SEMANGAT datanglah kepada Hidayah. Hidayah masih mencari-cari SEMANGAT yang hilang. PEPERANGAN isnin ini, dah tak lama dah. Tolong kepada sesiapa jumpa SEMANGAT pulangkan kepada dia ya. RAJIN pn jangn lupa ya.

(akibat nak exam cam ni agaknya????)

Thursday, June 7, 2012

MENGENAL CINTA

saya suka sangat lagu ni..
berulang-ulang saya mainkan
maksud lirik2nya pun sedap


The Muhibbains

Lirik & Irama: Abu Hamzah Al Muhibbain
Lagu & Susunan: Abu Aisyah Al Muhibbain



INTRO (Chorus)



RASULULLAH, NABIYUNA
MUHAMMAD IBNI ABDILLAH
KEKASIHMU YA ALLAH
KHAIRIL BARIYA
ALAIHI SOLAWATULLAH WA SALAMULLAH



1st VERSE



PADA SETIAP UMAT MANUSIA
ALLAH UTUSKAN RASULNYA
RASUL PEMBAWA RISALAH
AJARAN YANG MAHA ESA



BETAPA UNTUNGNYA KITA
DIUTUS YANG TERISTIMEWA
SEBAIK-BAIK MANUSIA
RAHMAT BAGI ALAM SEMESTA



CHORUS



RASULULLAH, NABIYUNA
MUHAMMAD IBNI ABDILLAH
KEKASIHMU YA ALLAH
'ALAMAL HUDA
ALAIHI SOLAWATULLAH WA SALAMULLAH



2nd VERSE



JIKA PERNAH KITA MENDUGA
APA ITU CINTA SEBENAR
ADAKAH IA BISA DIRASA
ADAKAH IA BISA DICITA



JANGANLAH LAGI KITA BERDUKA
RASULULLAH TELAH MENGAJAR
MENDIDIK KITA SEMUA
MENGENAL CINTA SEBENAR



BRIDGE - RASULULLAH! HABIBUNA!



CHORUS - SOHIBUL WASILAH



CHORUS (Outro) - KHOTIMUL ANBIYA'

Friday, June 1, 2012

Khas untuk Emak


Sempena hari ibu

Bagi akak, a.zaki, ila dan adik hari ibu hari-hari
Teringat masa kecik2, mak kejutkan subuh huhu ^^
Sekarangpun kejutkan lagi
Mak selalu pesan jangan malas
Hehe selalu malas juga
Mak selalu pesan banyakkan ngaji, solat
Tapi selalu berat nak buat hehe..
Mak selalu membebel kalau buat sepah
Opss bukan kitaorang yang sepahkan (patutnya kena alert kemaskan)
Maafkan akak, a.zaki, ila dan adik sekiranya ada buat salah
Maafkan kami sekiranya terkasar bahasa
Maafkan kami sekiranya pernah buat mak kecil hati
akak, a.zaki, ila dan adik sayangkan mak kerana Allah….
Makla mak kami dunia akhirat
Doakan kami berjaya dunia akhirat
Dan Jadi anak yang soleh dan solehah


Wednesday, May 30, 2012

dalam kesulitan ada kemudahan



AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini

Wednesday, May 2, 2012

AKU KHIANATI SAHABATKU

Topik kali ini, saya akan membicarakan soal pengkhianatan seorang sahabat. Siapa sahabat? Sahabat ialah orang yang rapat dengan kita. Selalu menasihati kita kearah kebaikan dan mencegah kearah kemungkaran. Mereka inilah yang selalu mendampingi kita ketika susah ataupun senang. Hidup tanpa sahabat memanglah sunyi.




Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Tatkala kita perlukan pertolongan sahabat, dia menjauhkan diri. Disaat itu, mulalah hati kita berbisik :

"kenapalah dia tak faham aku",
"cubalah bagi aku semangat",
"dia ni pentingkan diri je",
"tengoklah tu kacang lupakan kulit".

Itulah merupakan dialog-dialog yang mungkin bermain dihati serta minda saya dan anda.Peransangka buruk telah menguasai diri, walhal dahulunya bukan main hebat berkasih sayang. 

Sikap seorang sahabat bukan begitu. Anda tidak layak digelar sahabat. Anda mahu dikasihi tapi anda mempunyai perasangka buruk terhadapnya. Bukankah sifat sahabat itu sentiasa berlapang dada terhadap tingkahlaku sahabatnya itu. Mungkin dia mempunyai masalahnya yang tersendiri.

Wahai sahabat, 
jika mahu disayangi maka sayangilah ia,
jika mahu dihormati maka hormatila ia,
jika tidak suka dimarahi maka kasihila ia,
jika tidak suka dikhianati maka percayailah ia,

Wahai sahabat,
Hidup ini merupakan perkongsian,
Tatkala anda sedih, Senyumlah,
Tatkala anda gembira, Kongsilah,
Tatkala anda marah, Pendamlah,
Jangan biarkan sahabatmu itu terluka.

Aku mahu tatkala melihat wajahmu,
Mengingatkan aku pada-Nya.

Wahai sahabat,
Ingatkanlah jika aku terlupa,
Sokonglah jika aku duka,
Bimbinglah jika aku leka,
Maafkanlah jika aku salah,

Aku mahu kita bersahabat sampai ke Syurga.