Semua orang pasti ada dugaan atau ujian yang menimpa mereka. Sama ada dugaan itu kecil, sederhana dan juga besar pasti akan rasa tertekan walaupun sekejap. Setiap dugaan juga mempunyai hikmah yang tersembunyi sama ada mengingatkan kita tentang kesilapan yang lalu atau memberikan ujian untuk meningkatkan keimanan atau juga membuatkan kita lebih sabar. daripada dugaan itu juga, kita perlu lihat daripada setiap atau pelbagai sudut. Sama ada kita hendak redha, tertekan, sedih, sabar, ataupun erm dugaan....Terpulang bagi kita bagaimana kita melihat dugaan itu.
Dugaan semalam
Aku tidak faham, setiap semester pasti ada sahaja dugaan yang aku akan tempuhi. Ketika aku di tahun 2, purse aku telah hilang. Ya Allah rasa tertekannya, risau pun ada. Semua kad bank aku ada dalam itu beserta ic.Tapi Allhamdulillah kad matriks aku simpan dalam beg bukan dalam purse. Dalam kesulitan itu ada kemudahan. Allhamdulillah, aku mempunyai seorang sahabat yang baik telah membawa aku ke balai polis untuk membuat report. Opss lupa hendak bagi tahu sebab kejadian purse aku hilang ialah tidak pasti semacam magik...mungkin aku tercicir. Sahabat aku bernama Sakinah juga telah membawa aku untuk membuat ic baru. Terima kasih sahabat...
Dugaan ketika itu juga, aku sentiasa berasa sakit kepala.Mungkin kerana assingment yang tidak siap. Lumrah kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang sentiasa sibuk dengan assingment. Dugaan semalam juga bukan hanya kehilangan purse tapi mungkin banyak lagi yang aku tidak ingat. Bagaimana aku menghadapinya? Itu terpulang bagaimana aku mampu mengurus emosi sebagai seorang perempuan.
ini bukan purse aku, sekadar gambar hiasan
Dugaan Hari ini
Tahun akhir, tahun 4. Aku rasa semacam kusut walhal kelas bukan banyak mana pun. Dugaan hari ini yang hendak diceritakan ialah aku kehilangan handset yang buat pertama kali first aku. Sebelum ini aku guna handset ayah dan aku tidak pernah beli pun handset. Kronologi cerita agaklah pelik dan magik serta ajaib. 22 disember 2012 aku telah pergi ke kem herba untuk membawa ahli-ahli usrah aku ke kem taman herba, sungai congkak. Untuk pengetahuan aku bukan naqibah tapi sebagai pengurus usrah bagi fakulti aku. Kami tiada naqibah tetapi naqib yang diimport khas iaitu senior aku. Sebelum bertolak, kami semua singgah di Kolej KKM untuk bersarapan. Sebelum, aku turun bas, aku ambil purse dan ketika ambil purse aku mencari juga handset aku tapi tidak jumpa, mungkin di dalam beg kata hatiku. Namun setelah siap bersarapan aku naik semula dan mendapati handset tersebut tiada. wow sungguh hairan bin ajaib. Namun setiap dugaan diselit juga kegembiraan.
Di taman herba, aku berasa sungguh seronok melihat ahli-ahli usrah ISIUKM daripada pelbagai fakulti berasa enjoy dengan aktiviti yang dianjurkan oleh urusetia. Zaman aku dulu? Tidak pasti ada ke tidak ataupun aku tidak perasan. Aku telah menjaga check point flashmob. Pelbagai gelagat, gaya dan cara yang mereka persembahkan. Gelihati aku melihat mereka.
usrah, keluarga
gambar ihsan dari presiden pmukm a.k.a timb presiden isiukm
Setelah selesai semua, aku masih memikirkan handset aku yang hilang. Dalam perjalanan pulang didalam bas aku masih mencari handset tetapi tidak jumpa. Mungkin tiada rezeki untuk aku bersama dengan handset tersebut dalam jangka masa yang panjang. Tapi handset aku bukan canggihpun, dahlah ada nombor tercabut. Pelik dan hairan sungguh.
Dugaan Esok
Aku tidak pasti, sama ada esok pasti dugaan yang aku tempuhi mungkin lebih besar daripada kehilangan harta benda. Aku mungkin diberi tarbiyah bagaimana aku hendak tempuhi dugaan ini. Dugaan esok juga, mungkin membuatkan aku lebih tabah dan kuat.
pergantungan kepada Allah, perlu tinggi
No comments:
Post a Comment