Wednesday, June 20, 2012

MENGAJI

Didiklah anak-anak anda mengaji dari kecil. Agar bila besar nanti, Al-Quran menjadi sahabat sejati. Saya teringat ketika saya masih kecil, mak ayah saya ajar saya mengaji dan saya menangis. Saya menangis kerana saya tidak berapa pasti sama ada saya silap baca atau tidak mahu mengaji. Apa yang penting saya menangis ketika mengaji dan mak ayah saya kata kalau tidak mahu mengaji mak ayah saya tidak akan hantar ke sekolah. Kemudian saya diam. Alhamdulillah saya cepat naik Al-Quran, namun saya lambat khatam. Ketika saya berada di sekolah rendah saya mengaji di rumah ustazah saya. Sebenanrnya saya sudah khatam awal tetapi saya sengaja tinggalkan beberapa muka surat seolah-olah saya belum khatam untuk mengaji di rumah ustazah. Ustazah banyak membetulkan bacaan saya dengungnya, panjang pendeknya dan mcam-macam lagi.



Kini saya pula mengajar adik saya mengaji. Ketika dia kecil dia juga sering menangis ketika saya mengajarnya mengaji. Kadangkala saya tidak marah dan hanya menegur tetapi dia tetap menangis kerana dia berasa sudah penat untuk mengaji. Tetapi budak kecil ini kita jangan terlalu menekankan mereka. Mereka ini perlu dipujuk dan bercakap dengannya baik. Alhamdulillah kini dia sudah berumur 11 tahun dan boleh mengaji dengan baik. Cuma tajwidnya masih perlu diperbetulkan lagi. Alhamdulillah adik saya sedang berusaha untuk menghafal surah-surah lazim dan dia terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam pertandingan hafazan. Walaupun dia tidak menang, saya berharap suatu hari nanti dia menjadi seorang tahfiz.Saya pun masih tidak mampu hafal surah-surah yang dia hafal.huhu Malu juga ni.


:: Al-Quran bila berada dalam hati akan membuatkan hidup kita dipandu dengan baik. Walaupun kadangkala kita tidak memahami isi Al-Quran tersebut, hati kita tetap akan menjadi tenang. Bila kita di alam barzakh nanti Al-Quranlah jadi peneman kita sekiranya kita melaziminya. Saya berharap, saya dapat mengaji dan mentadabur Al-Quran dengan baik. Saya akui kadangkala saya sering meninggalkan bacaan al-Quran. Namun, bila saya meninggalkannya, ia membuatkan hidup saya macam kehilangan sesuatu..T_T...Al-Quranlah pelengkap hidup kita sebenarnya. Moga selepas ini Al-Quran akan menjadi sahabat baik kita. 

No comments:

Post a Comment