Tuesday, July 16, 2013

Sebenarnya saya rindukan awak siri 1

Sebenarnya dah lama jugakan tidak mengupdate blog. Sibuk berpraktikal sebagai seorang guru...sibuk sangatlah....

Sekarang ni sudah berada di rumah. Sejak berada di rumah mulalah mengimbau masa lalu ketika mula-mula menjejakkan kaki ke ukm. Masih ingat lagi sahabat-sahabt ketika masih di tahun 1. Aku gelarkan mereka geng surau kiy. Aku tidak pernah sangka yang aku akan mempunyai sahabat seperti mereka. Sebenarnya secara jujur aku merindui mereka...

Kak nira...Dia ialah yang paling tua dalam kalangan kami. Dia jugalah paling bersemangat. Aku kagum juga dengan dia. Sebelum mengenali dia nampak macam garang...hehe padahal.....

Nad? Oh dia cakap sangat laju. Wau ....laju sangat...juga nampak seorang yang bersemangat.

Rahmah mastura? dia geng usrah aku. Dia lemah lembut je orangnya.

Kak siti..aku tahu nak describe dia bagaimana. Tapi kak siti memang baik.

Shita...Dia sekarang dah kahwin dan InsyaAllah akan menimang cahaya mata

Akma atau sepatutnya aku panggil akaklahkan. Dia baik...bagus dan senang bekerja dengan dia

Jun..Dia ni orang negeri sembilan. Muka pun mula-mula kenal takut juga tapi baik sebenarnya orangnya.


Ada lagi sebenarnya orang-orang yang aku rindu iaitu raihan, najah,mus...tapi aku akan ceritakan dalam slot lain sebab aku kategorikan mereka dalam geng-geng yang tersendiri.

Apa yang aku rindu sangat ketika kami bersama ialah buat program bersama-sama, memasak, study dalam surau, pergi ke Melaka kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ketika berada dalam geng surau KIY inilah aku mula belajar bagaimana hendak berorganisasi dan bercakap di khalayak orang ramai. Untuk pengetahuan, aku dahulu ketika sekolah seorang yang pasif dan rendah diri. Namun aku bersyukur dapat dipertemukan dengan mereka semua.



ni gambar masa jalinan kasih an-nur. (tidak semua ada dalam gambar  ini)

Kami bersama tidak lama dan kemudian kami berpecah apabila kami dipindahkan ke kolej lain ketika di tahun 2 disebabkan keaktifan kami hehe. Namun begitu kami masih berhubung namun tidak seperti di tahun 1.

Ketika kami di tahun 2, pada saat itulah saat yang paling memberi memori bagi aku, kami bersama-sama turun bagi memenangkan GM. haha apatu GM.....Buat pertama kali dalam masa 7 tahun GM menang. Kenangan manis jugalah sebab aku pernah berada dalam era kekalahan dan kemenangan. Berkonvoi naik motor untuk berkempen bersama dengan senior-senior. Tapi aku bukanlah orang-orang kuat. Cuma aku ni menjadi sumber-sumber kekuatan. cewah....


Apa jadi dengan mereka sekarang nilah ye...

Kak nira kerja bersama Smart legacy..
Nad dan kak siti jadi guru j-qaf
Shita tunggu due
Rahmah mastura mungkin tengah tunggu kerja...dia pun baru habis berpraktikal seperti aku.
Kak Akma, menganggur kot sebab baru habis praktikal seperti aku.
Jun...aku tidak pasti.no dah hiang maaf..(padahal FB ada)

Mungkin selepas ni aku akan mungkin melupakan mereka....Namun begitu apa yang pasti mereka akan sentiasa dalam memori aku.


Terima kasih kerana menjadi sahabat Hidayah.