2003 teka masa tu umur berapa? masa tu saya tingkatan 1. Saya masuk ke sekolah itu pada bulan ogos kerana sekolah itu baru sahaja dibuka. Saya kenal awak melalui rakan sekolah rendah saya. Rakan saya tu satu dorm dengan awak. Sejak itu kita bermula bekernalan. Awak pandai Sains, seingat saya. Hebat sungguh..Kemudian kita sering bersama-sama. Tapi kita suka marah awak huhu.minta maaf. Marah untuk kebaikan. Tapi kita ingat masa kita sakit awak jenguk kita. Terima kasih banyak. Kita pernah ada konflik masa form 2 dan kita nangis. Tapi bila fikir balik rasa kelakar pula.terima kasih MUNIRAH kerana jadi kawan kita.
Tak silap kita, awak masuk sekolah lewat seminggu. Awak ni lembut orangnya. Hebat berbahasa arab. Pandai pula tu. Rasa bertuah berkawan dengan awak. Awak kawan kepada dia. Sejak tu kita kenal awak. Tambahan warna rumah sukan kita sama. Awak ni pendiam orangnya ketika itu. Kita je yang selalu cakap. mesti awak penat cakap dengan kita kan hehe. dulu kita panggil munirah ialah syimah. Selepas kita dengar awak panggil nama munirah kita terus panggil dia Munirah sebab sedap. Terima kasih FATIN kerana jadi kawan kita.
Kita kenal awak masa kat suarau. Tapi tak ingat macam mana boleh kenal, ingat tempat je. Awak sangat baik antara kita semua. Terlalu sangat mengambil berat.Kadangkala rasa macam kita mempersiakan awak. Selalu sahaja marah awak.Minta maaf sangat-sangat. Kita bukan kelas sama. Rumah sukan pun lain. tapi awak sama rumah sukan dengan MUNIRAH. apapun UMI terima kasih kerana jadi kawan kita.
Masa tu kita form 4, kita kenal awak kat surau. Kita dapat tahu awak ni adik kepada senior sekolah kita. Sebaya pula tu. Kita ingat masa tu kita tengah bersiap-siap pakai telekung tapi kita tak ingat apa yang kita bualkan dengan awak. Sejak itu perkenalan kita bermula. Awak pun pandai orangnya. Dulu msa nak study, kita pergi dorm sebelah nak kejutkan study sama-sama. Awak selalu bagi kata-kata semangat walaupun kita kelas berbeza.Terima TIQA kerana jadi kawan kita.
kenangan bersama MUNIRAH, FATIN, UMI dan TIQA kita tidak akan lupa. Banyak kenangan, manis,masin pahit bersama. Walaupun dahulu kita keanak-anakan, harap kita kini boleh menjadi harapan UMMAT.TERIMA KASIH SEMUA...
OPSS TERTIDUR PULA MATA I HEHE
MUNIRAH-TESL
FATIN-SYARIAH DAN LAW
UMI- BIOTEKNOLOGI
TIQA-TESL
DAYAH-CIKGU KHAS
FATIN-SYARIAH DAN LAW
UMI- BIOTEKNOLOGI
TIQA-TESL
DAYAH-CIKGU KHAS
I LUV U SAHABAT
SAHABAT SAMPAI KE SYURGA....
No comments:
Post a Comment