Saturday, October 24, 2009

salam kemaafan dan salam peperiksaan

maaf ku hulurkan pada parentsku,lecturer n friends....
maaf ini bukanlah kerana peperiksaan semata-mata
tapi...
sampai bila2...aku takut...
takut tak sempat mohon keampunan...
yelah aku ni bukannya baik sgt..
kdg2 terngata,terkata,terkutuk,ter.......
byk...tidak terkira...
tapi untuk peperiksaan ini...aku harap..aku boleh..
boleh wat dgn baik....coz nak dptkan scholarship..
adik aku pula SPM tahun ni
hopefully he'll get 9A1
parents aku akan ke pergi haji..
maka tnggalah aku dikmpg halamn bersam datuk n nenek
di batu pahat johor cuti after exam nnt..
aku harap aku ikhlas untuk belajar...
aku harap ianya masuk dalam hatiku...
sahabatku jom buat yang terbaik..

Thursday, October 22, 2009

jatuh sebelum bermula....


basikal tua....dulu pernah naik masa kat kmpg masa kecil2 dulu...



hari ini petang tadi aku beriadah...huh sungguh penat tapi amat bermakna bagiku...
namun aku mempunyai penglaman yg tidak diduga..kerana apabila aku brek basikal lalu aku terjatuuh.....aku igt disebelah kiri ialah brek belakang macam motorkan lg satu aku dh lme gile tak naik basikal sejak darjah 6 kowt...yelah dulu2 naik basikal ulang alik g sek tidak kira hujan panas terik...hehe...dah lme x naik basikal j sengal2 tulang semua...walaupun kondisi aku agak ok selepas jatuh tapi selepas berakhirnya riadah baru perasan luka...tapi x kisah pengalaman tu..pening jugaklah lepas berbasikal rasa seperti tak jejak bumi...berbasikal ptg2 dapat menghilangkan stress...stress ke xpun tapi dah asyik dok dlm bilik baik lihat dunia luar....

Wednesday, October 21, 2009

exam....

exam dah makin dkat..
pejam celik2x kjap je dah nak abis sem 1
apa persediaan kita?
hehe..
dah habis study lum?
erm bnykkan nak study...
jgn rasa muak tapi rasakan enjoynya
hehe...
dulu saya ambil subjek sains perhh
susah...byk kena igt n hafal n faham
skg pun apa kurangnya baca n hafal gak
tapi seronok gak...
apa2pun good luck exam ya sahabat2
doakan kejayaan kita bersama...
SOLAT HAJAT jgn lupa
MINTA MAAF ngn mak ayah n sahbt handai
BERSUNGGUH-SUNGGUH YERK...
pesann utk diri ini n sahabt-sahabat sekelian...

Saturday, October 17, 2009

mahasiswi dan kekuatannya.....


hari ini 17 oktober....saya ke UM karnival femina....khas untuk mahasiswi tapi mahasiswa ada gak...bgs perbincgnnya.....kami membincangkan tentang mahasiswi & pendidikan,mahasiswa & ekonomi, mahasiswi & agama , mahasiswi & sukarelawan serta mahasiswi & kepimpinan.......Ini menunjukkan bahawa mahasiswi bukanlah lemah......mahasiswi tetap power, aktif, bijak dan sebgainya.....Apkah peranan kita terhadap kelima-lima perkara tersebut? Kita mahasiswi tidak sepatutnya tertumpu kepada akademik semta-mata....saya masuk dlm kump mahasiswi dan ekonomi....disini kita boleh wujudkan sebuah persatuan gbgn drpd seluruh u di Malaysia untuk mewujudkan keusahawanan dan latihan keusahawanan.....Maka kita boleh menjana pendapatan...secara tidak langsung after kita gradute nnt tdk perlulah kita bergantung pd mkn gaji shj kerana 9/10 punca rezeki ialah drpd perniagaan....byk lg sebenarnya dibincangkan....Saya juga sempat melihat filem walaupun x habis...cerita ini mengisahkan seorg wanita mangsa deraan dan dia telah mmbnh suaminya....disini kita dpt lihat prmpuan ini sebenarnya takut dan tidak tahu bagaimana cara mahu menyuarakan masalah yang dihadapi lalu dia telah mmbnh suaminya dn dipenjara...maka yg mnjd mangsa ialah anak-anak....kesian anak-anak....Oleh itu mahasiswi perlu peka lagi terhdp masalah yaang berlaku dalam kalangan wanita...agar wanita tidak ditindas....wanita perlu menegakkan keadilan sesuai dgn kehendak syarak....sebenarnya banyak lagi fungsi sebagai seorang mahasiswi terhadap masyarakat dan negara....buka mata,luaskan minda,lontarkan idea anda....dan jgn lupa pergantungan kita pada Allah

Friday, October 16, 2009

Tolong sampaikan pada si dia

Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
Rintihan seorang insan yang...........( ihsan dari Wan Sara Wahida)

p/s maaf saya ambil ye...kerana mahu sampaikan pada yg lain

Thursday, October 15, 2009

salam permulaan

salam...sudah lame benar aku ingin menulis blog tetapi tidak kesempatan.....Hari ini sebenarnya juga tidak kesempatan tapi aku ingin sangat menulis blog.....Aku kini 18 tahun serta sudah menjadi seorang mahasiswi.......rugi bagiku sekiranya aku tidak menulis apa-apa untuk mengeluarkan pandanganku serta maklumat yang aku dapat.....biasanya kehidupan seorang mahasiswa sangat berbeza berbanding di sekolah....Di sekolah kita mempunyai peraturan....segalanya diberi oleh cikgu.....Semuanya ikut tanpa bantahan kadangkala terdapat juga segelintir pelajar yang tidak mengikut peraturan seperti biasa.....tetapi kehidupan di universiti berbeza jauh panggang dari api..semuanya sendiri...belajar tanpa disuap....tanpa disuruh...bergantung pada diri sendiri....pemilihan kawan sgt pntg kerana silap pilih binasalah kita.....tetapi aku tengok kini mahasiswa kini tidak seperti dulu zaman aku kanak-kanak....kini terutamnya orang MELAYU sukakan hiburan semata-mata....bgaimana mahu melahirkan modal insan yang intelek....berhibur tidak salah tapi ada batasnya jgn mlnggr syariat...macam2 skrg terjadi,......to be continue...