Hidayah itu sememangnya milik Allah. Dia berkehendak untuk memberi Hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Sejak akhir-akhir ini ramai orang kembali kepada fitrah bergama. Sesungguhnya untuk mencapai ketenangan itu perlu kembali kepadanya. Namun masih ramai lagi beranggapan Hidayah itu perlu mendapatkan seru. Ya memang Hidayah itu milik Allah, tapi bagaimanakah mungkin kalau hendak dapat jika kita tidak berusaha.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi mereka yang kembali kepada fitrah, usaha mereka lebih berlipat ganda. Hal ini kerana, mereka sudah terlena dbuai mimpi dunia, dan kini masanya untuk kenal Pencipta dunia. Jangan sangka mereka yang membuat maksiat tiada peluang untuk bertaubat dan kembali kepda Tuhan. Jangan sangka mereka ialah ahli neraka. Kita tidak tahu bilakan hidayah menerjah dalam diri mereka. Tanggungjawab kita membantu mereka sama-sama mencari hidayah.
:: peringatan diri: Kadangkala , aku masih tertanya adakah aku masih belum diberi hidayah? sedangkan aku sudah banyak mengetahui perkara-perkara tentang Islam, namun bagaimanakah pelaksanaannya?. Aku rasa aku masih tidak cukup kuat. Aku mahu berubah menjadi insan yang baik di sisi Allah. kadangkala mereka yang baru berubah lebih Baik berbanding aku.
No comments:
Post a Comment