Wednesday, September 11, 2013

Menangis air mata darah sekalipun....

Aku seringkali mengenangkan hari-hari aku yang dah beralalu. Hatta kalau aku menangis air mata darah sekalipun masa tersebut tidak akan kembali kepada aku. Selama ini memang air mata itu sudah mengalir cuma bukan darahlah, hanya air mata yang masin. Aku tahu, aku sedar akan kesilapan yang aku lakukan. Namun kesedaran aku ini tidak membuatkan aku berubah. Mungkin aku sudah terkena penyakit. Iaitu penyakit hati. Keresahan, kerisauan, gundah gulana menghantui aku. 

Hari terakhir aku di UKM tidak menggembirakan aku. Hal ini kerana aku tidak menyumbang sesuatu untuk sahabat-sahabat dan UKM sendiri kepada perkara yang menggembirakan aku. Aku seringkali lari dan lari daripada masalah yang aku cipta sendiri. Kadangkala aku aku sendiri fikir, sampai bila aku harus berlari......seharusnya aku perlu berdiri dan berdepan dengan masalah yang aku cipta itu. Tapi aku tidak mempunyai kekuatan. Entahlah...Aku tak tahu nak kata apa lagi..........

Monday, September 9, 2013

tiada alasan untuk meminta maaf

Menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bukan juga sesuatu perkara dilaksanakan dengan arahan semata. Menjadi pemimpin memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Aku tidak pernah mengimpikan menjadi seorang pemimpin Cuma berangan sahaja..Oh apa beza  impi dan berangan?. Antara sebab aku tidak mahu menjadi pemimpin kerana aku tidak suka menjadi perhatian orang. Nanti segala gerak geri aku akan diperhatikan. Aku bukanlah seoarang yang pandai berkomunikasi dengan baik. Mungkin aku mempunyai salah satu cirri-ciri kanak-kanak autism. Tambahan pula, umur aku muda berbanding rakan-rakan ku yang lain. Hal ini menyebabakan aku berasa rendah dri dan merasakan mereka lebih hebat berbanding aku.

Oh itu satu pembebelan aku dalam bentuk tulisan. Dan aku sebenarnya telah menjadi seorang majils perwakilan pelajar dimana ianya bukan kemahuan aku. Aku tidak kisah sekiranya pada waktu itu aku tahun 3 tapi aku mendapat jawatan tersebut dimana hati aku ketika itu sudah menyerahkan tanggungjawab kepada junior. Namun begitu, harapan sahabat-sahabat aku menyebabkan aku tidak sampai hati untuk menolaknya sedangkan aku tahu aku tidak  mampu pada ketika itu. Aku faham bukanlah alasan aku untuk menolak sekiranya aku praktikal ketika itu. Tapi fikiran aku sudah dipahatkan untuk diserahkan pada junior. Maka mungkin gerak kerja aku tidak seperti yang diinginkan. Rasa bersalah terhadap rakan-rakan lain kerana tidak membantu mereka saban hari menghantui aku kerana aku seringkali bermimpikan mereka. Dalam mimipi aku hanya menyatakan kemaafan aku tapi realitinya kemaafan itu tidak diluahkan.


Mungkin apa yang ditaipkan ini tidak diterima sebagai alasan untuk meminta maaf. Mungkin bagi kamu, aku ini seharusnya sudah matang dan bersifat tanggungjawab. Mungkin mereka tidak tahu aku dahulu ketika zaman sekolah hanyalah murid biasa, yang tiada apa-apa. Sebenanrnya tiada alasan untuk meminta maaf. Mungkin ini penjelasan sekiranya kamu bertanya tentang aku.

Tuesday, July 16, 2013

Sebenarnya saya rindukan awak siri 1

Sebenarnya dah lama jugakan tidak mengupdate blog. Sibuk berpraktikal sebagai seorang guru...sibuk sangatlah....

Sekarang ni sudah berada di rumah. Sejak berada di rumah mulalah mengimbau masa lalu ketika mula-mula menjejakkan kaki ke ukm. Masih ingat lagi sahabat-sahabt ketika masih di tahun 1. Aku gelarkan mereka geng surau kiy. Aku tidak pernah sangka yang aku akan mempunyai sahabat seperti mereka. Sebenarnya secara jujur aku merindui mereka...

Kak nira...Dia ialah yang paling tua dalam kalangan kami. Dia jugalah paling bersemangat. Aku kagum juga dengan dia. Sebelum mengenali dia nampak macam garang...hehe padahal.....

Nad? Oh dia cakap sangat laju. Wau ....laju sangat...juga nampak seorang yang bersemangat.

Rahmah mastura? dia geng usrah aku. Dia lemah lembut je orangnya.

Kak siti..aku tahu nak describe dia bagaimana. Tapi kak siti memang baik.

Shita...Dia sekarang dah kahwin dan InsyaAllah akan menimang cahaya mata

Akma atau sepatutnya aku panggil akaklahkan. Dia baik...bagus dan senang bekerja dengan dia

Jun..Dia ni orang negeri sembilan. Muka pun mula-mula kenal takut juga tapi baik sebenarnya orangnya.


Ada lagi sebenarnya orang-orang yang aku rindu iaitu raihan, najah,mus...tapi aku akan ceritakan dalam slot lain sebab aku kategorikan mereka dalam geng-geng yang tersendiri.

Apa yang aku rindu sangat ketika kami bersama ialah buat program bersama-sama, memasak, study dalam surau, pergi ke Melaka kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ketika berada dalam geng surau KIY inilah aku mula belajar bagaimana hendak berorganisasi dan bercakap di khalayak orang ramai. Untuk pengetahuan, aku dahulu ketika sekolah seorang yang pasif dan rendah diri. Namun aku bersyukur dapat dipertemukan dengan mereka semua.



ni gambar masa jalinan kasih an-nur. (tidak semua ada dalam gambar  ini)

Kami bersama tidak lama dan kemudian kami berpecah apabila kami dipindahkan ke kolej lain ketika di tahun 2 disebabkan keaktifan kami hehe. Namun begitu kami masih berhubung namun tidak seperti di tahun 1.

Ketika kami di tahun 2, pada saat itulah saat yang paling memberi memori bagi aku, kami bersama-sama turun bagi memenangkan GM. haha apatu GM.....Buat pertama kali dalam masa 7 tahun GM menang. Kenangan manis jugalah sebab aku pernah berada dalam era kekalahan dan kemenangan. Berkonvoi naik motor untuk berkempen bersama dengan senior-senior. Tapi aku bukanlah orang-orang kuat. Cuma aku ni menjadi sumber-sumber kekuatan. cewah....


Apa jadi dengan mereka sekarang nilah ye...

Kak nira kerja bersama Smart legacy..
Nad dan kak siti jadi guru j-qaf
Shita tunggu due
Rahmah mastura mungkin tengah tunggu kerja...dia pun baru habis berpraktikal seperti aku.
Kak Akma, menganggur kot sebab baru habis praktikal seperti aku.
Jun...aku tidak pasti.no dah hiang maaf..(padahal FB ada)

Mungkin selepas ni aku akan mungkin melupakan mereka....Namun begitu apa yang pasti mereka akan sentiasa dalam memori aku.


Terima kasih kerana menjadi sahabat Hidayah.

Friday, March 29, 2013

Hujung Usianya

Pada Rabu dan Khamis minggu ini, aku pulang ke kampung menziarahi datuk dan nenek ku.
Anak-anak mereka semuanya sudah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri. Mereka pula sudah memenuhi keinginan dan keperluan hidup. Haji, umrah , sekolahkan anak-anak semua sudah beres. Namun, aku cukup kagum, ingatan mereka kepada Allah tidak pernah lupa.

Nenek aku kiranya sudah berusia 70 tahun lebih. Dia sudah tidak kuat seperti dulu. Ada sakit jantung. Tapi aku kagum dengan solatnya, baik dhuha atau solat tahajud, mengalahkan orang muda yang masih kuat lagi bertenaga.
gambar raya 2010

Datuk aku kiranya sudah berusia 80 tahun lebih. Sangat uzur. Tidak mampu berjalan dengan sendirinya. Perlu kereta sorong...eh silap kerusi roda. Kalau berjalan menggunakan tongkat tidak boleh masa yang lama. Pada masa mudanya dahulu, seorang yanng sangat rajin. Dahulu dia berkebun, menjual kerepek dan kacam-macam kerja yang pernah dibuatnya. Tetapi kini, dia sudah ingat-ingat lupa atau bahasa mudahnya nyanyuk. 

Apabila mak aku suruh atuk aku baca niat solat, baca fatihah dia ingat. Tapi bila suruh solat, tiba-tiba dia bingung. Namun bacaannya masih cukup utuh.Mungkin ada hikmah Allah tarik ingatannya. Hari khamis, aku bantu dia pergi ke toilet dan menyuapkan nasi. Ya Allah sayunya. Besok adakah aku akan menjadi begini.

Wahai rakan-rakan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang hargailah ibu ayah kita ^_^

Saturday, March 23, 2013

Air mata

Umur aku kini sudah mencukupi 22 tahun. Dah besarkan...Banyak perkara yang akan aku tempuhi yang aku tak tahu apa lagi.

23 Mac 2013
 Aku hadiri "meeting" bersama-sama sahabat mpp yang lain. Seperti biasa, bertanya mengenai perkembangan. Aku ni dah lah lama tak masuk meeting. Malu pun ada. Bukan aku suka-suka tak pergi meeting tapi aku praktikal membataskan waktu aku. Paraktikal sebagai guru nampak macam senang tapi..... siapa yang pernah jadi cikgu sahaja yang tahu.

Namun " meeting" tersebut macam nak tak nak. Aku hairan, kenapalah ada beberapa orang yang keluar masuk bilik meeting. Suasana menjadi hujan secara tiba-tiba (bukan hujan, susana sahaja) apabila Presiden aku tu mula berkata-kata. Aku masa tu dah tak tahan, aku ceritakanlah perasaan aku dari mula-mula kena jadi calon sampailah menjadi mpp sekarang. Air mata dah menitis masa tu, kalau diikutkan air mata dah menitis awal lagi 2, 3 hari sebelum tu. Aku sedar tanggungjawab aku tak terlaksana lagi. Cuma aku tak terlarat nak melaksankannya.

Hujan bertambah lebat ( air mata) apabila tiba-tiba,,,,, " Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan cikgu dayah, Allah selamatkan kamu. Ya Allah terima kasih sangat, terharu sampai tak terkata, Cermin mata aku pun dah tercampak. Diorang ni memang, memang....................Alhamdulillah terima kasih sangat. Tapi drama-drama tu aku punya scene je yang betul. Tapi memang aku nak kata kat diorang semua, cuma tak tahu nak cakap macam mana. anyway...TERIMA KASIH SANGAT....

Semoga Allah berkati kita semua...




mata masa tu dah berkabur-kabur....yelah air mata dah terkeluar, cermin mata pun dah cabut...

Thursday, January 3, 2013

EXAM terakhirku di bumi ukm


InsyaAllah Pada bulan Januari ini aku akan menikmati waktu-waktu terkahirku dengan exam kerana selepas ini pada bulan Februari aku akan praktikal sebagai seorang guru di SMK putrajaya presint 11/1.


2 Januari 
Tekanan, Sokongan dan Pengajaran 
Subjek persediaan menghadapi tekanan praktikal nanti hoho (dah exam dah pergh......x cukup masa, bukan tak tahu nak jawab hahaha memang dah tajuk stress kan ofcourselah jawab dgn stress)



4 Januari
Penaksiran dan Vokasional
(esok exam, banyak sangat nak baca, entah ingat atau tidak?)



10 Januari
Bahasa Isyarat



17 Januari
Dialektologi
(mung dah habis study dok?) entah betul ke tidak dialek ni?

Hantar latihan Ilmiah (harap-harap yang terbaik


18 Janauri
Psikolinguistik Bm
pemerolehan bahasa, nahu universal, pemahamn bahasa (anda faham?, of courselah fahamkan sekiranya belajar?)


MOGA ALLAH PERMUDAHKAN...AMIN....



Tuesday, January 1, 2013

Selamat tinggal 2012, sampai kapanpun ku tidak bisa mengejarmu

Tahun 2012 

Bila diingat kembali banyak yang telah berlaku

Tanggal 31 disember 2011 aku berkesempatan pergi XPDC bersama Gamis baca sini
Namun tahun 2012 aku tidak berkesempatan kerana aku kan menghadapi exam 2 Januari (rugi pulak rasakan, x habis study sebenarnya)

Memori 2012

Sukaneka Pendidikan Khas
Pergi Surabaya dan Malang program Perkongsian Ilmu
Pilihan raya kampus (jadi MPP) (besar tanggungjawab)
Yang penting dah ada lesen kereta dan motor
Banyak lagi sebenarnya

Apapun masa lalu hanya tinggal kenangan dan kita tidak boleh memutarkan masa tersebut

2013

Mereka: Apa azam tahun baru?

Aku : Azam?

Mereka: yalah.......

Aku: Erm entahlah tak ada...tapi setiap hari ada je azam iaitu nak jadi baik

2013 ini aku akan start paraktikum bulan februari (ar.....risau gak)
2013 ini jugalah pilihan raya akan berlaku (masa untuk berubah, Takbir)
2013 ini jugalah aku akan habis degree (amin.....moga menjadi terbaik)
2013 ini jugalah aku akan start keje (mungkin atau duduk umah jaga adik?)
2013 ini jugalah aku kena banyak buat benda (Apa dia??)

Mungkin banyak lagi perkara yang aku tidak tahu.
Yang penting sama-samalah kita berubah menjadi baik untuk

Agama,bangsa,Negara
ibubapa, sahabat handai
mereka manusia dimuka bumi