Menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu perkara yang
mudah. Bukan juga sesuatu perkara dilaksanakan dengan arahan semata. Menjadi
pemimpin memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Aku tidak pernah mengimpikan
menjadi seorang pemimpin Cuma berangan sahaja..Oh apa beza impi dan berangan?. Antara sebab aku tidak
mahu menjadi pemimpin kerana aku tidak suka menjadi perhatian orang. Nanti
segala gerak geri aku akan diperhatikan. Aku bukanlah seoarang yang pandai berkomunikasi
dengan baik. Mungkin aku mempunyai salah satu cirri-ciri kanak-kanak autism.
Tambahan pula, umur aku muda berbanding rakan-rakan ku yang lain. Hal ini
menyebabakan aku berasa rendah dri dan merasakan mereka lebih hebat berbanding
aku.
Oh itu satu pembebelan aku dalam bentuk tulisan. Dan aku
sebenarnya telah menjadi seorang majils perwakilan pelajar dimana ianya bukan
kemahuan aku. Aku tidak kisah sekiranya pada waktu itu aku tahun 3 tapi aku
mendapat jawatan tersebut dimana hati aku ketika itu sudah menyerahkan
tanggungjawab kepada junior. Namun begitu, harapan sahabat-sahabat aku
menyebabkan aku tidak sampai hati untuk menolaknya sedangkan aku tahu aku
tidak mampu pada ketika itu. Aku faham
bukanlah alasan aku untuk menolak sekiranya aku praktikal ketika itu. Tapi
fikiran aku sudah dipahatkan untuk diserahkan pada junior. Maka mungkin gerak
kerja aku tidak seperti yang diinginkan. Rasa bersalah terhadap rakan-rakan
lain kerana tidak membantu mereka saban hari menghantui aku kerana aku
seringkali bermimpikan mereka. Dalam mimipi aku hanya menyatakan kemaafan aku
tapi realitinya kemaafan itu tidak diluahkan.
Mungkin apa yang ditaipkan ini tidak diterima sebagai alasan
untuk meminta maaf. Mungkin bagi kamu, aku ini seharusnya sudah matang dan
bersifat tanggungjawab. Mungkin mereka tidak tahu aku dahulu ketika zaman
sekolah hanyalah murid biasa, yang tiada apa-apa. Sebenanrnya tiada alasan
untuk meminta maaf. Mungkin ini penjelasan sekiranya kamu bertanya tentang aku.
No comments:
Post a Comment