Friday, March 29, 2013

Hujung Usianya

Pada Rabu dan Khamis minggu ini, aku pulang ke kampung menziarahi datuk dan nenek ku.
Anak-anak mereka semuanya sudah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri. Mereka pula sudah memenuhi keinginan dan keperluan hidup. Haji, umrah , sekolahkan anak-anak semua sudah beres. Namun, aku cukup kagum, ingatan mereka kepada Allah tidak pernah lupa.

Nenek aku kiranya sudah berusia 70 tahun lebih. Dia sudah tidak kuat seperti dulu. Ada sakit jantung. Tapi aku kagum dengan solatnya, baik dhuha atau solat tahajud, mengalahkan orang muda yang masih kuat lagi bertenaga.
gambar raya 2010

Datuk aku kiranya sudah berusia 80 tahun lebih. Sangat uzur. Tidak mampu berjalan dengan sendirinya. Perlu kereta sorong...eh silap kerusi roda. Kalau berjalan menggunakan tongkat tidak boleh masa yang lama. Pada masa mudanya dahulu, seorang yanng sangat rajin. Dahulu dia berkebun, menjual kerepek dan kacam-macam kerja yang pernah dibuatnya. Tetapi kini, dia sudah ingat-ingat lupa atau bahasa mudahnya nyanyuk. 

Apabila mak aku suruh atuk aku baca niat solat, baca fatihah dia ingat. Tapi bila suruh solat, tiba-tiba dia bingung. Namun bacaannya masih cukup utuh.Mungkin ada hikmah Allah tarik ingatannya. Hari khamis, aku bantu dia pergi ke toilet dan menyuapkan nasi. Ya Allah sayunya. Besok adakah aku akan menjadi begini.

Wahai rakan-rakan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang hargailah ibu ayah kita ^_^

No comments:

Post a Comment