Umur aku kini sudah mencukupi 22 tahun. Dah besarkan...Banyak perkara yang akan aku tempuhi yang aku tak tahu apa lagi.
23 Mac 2013
Aku hadiri "meeting" bersama-sama sahabat mpp yang lain. Seperti biasa, bertanya mengenai perkembangan. Aku ni dah lah lama tak masuk meeting. Malu pun ada. Bukan aku suka-suka tak pergi meeting tapi aku praktikal membataskan waktu aku. Paraktikal sebagai guru nampak macam senang tapi..... siapa yang pernah jadi cikgu sahaja yang tahu.
Namun " meeting" tersebut macam nak tak nak. Aku hairan, kenapalah ada beberapa orang yang keluar masuk bilik meeting. Suasana menjadi hujan secara tiba-tiba (bukan hujan, susana sahaja) apabila Presiden aku tu mula berkata-kata. Aku masa tu dah tak tahan, aku ceritakanlah perasaan aku dari mula-mula kena jadi calon sampailah menjadi mpp sekarang. Air mata dah menitis masa tu, kalau diikutkan air mata dah menitis awal lagi 2, 3 hari sebelum tu. Aku sedar tanggungjawab aku tak terlaksana lagi. Cuma aku tak terlarat nak melaksankannya.
Hujan bertambah lebat ( air mata) apabila tiba-tiba,,,,, " Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan cikgu dayah, Allah selamatkan kamu. Ya Allah terima kasih sangat, terharu sampai tak terkata, Cermin mata aku pun dah tercampak. Diorang ni memang, memang....................Alhamdulillah terima kasih sangat. Tapi drama-drama tu aku punya scene je yang betul. Tapi memang aku nak kata kat diorang semua, cuma tak tahu nak cakap macam mana. anyway...TERIMA KASIH SANGAT....
Semoga Allah berkati kita semua...
mata masa tu dah berkabur-kabur....yelah air mata dah terkeluar, cermin mata pun dah cabut...
No comments:
Post a Comment