Sunday, September 18, 2011

anak

Anak ini banyak kerenahnya. hatinya mahu sahaja yang terbaik baginya.Kadangkala sampai terabai perasaan orang lain. dia selalu fikir bahawa ibubapa seharusya faham apa yng diinginkan. Kadangakala dirinya fikir kenapalah ibubapanya tidak seperti orang lain. Tetapi tidak terfikirkah anak ini bahawa dia sebenarnya sangat bertuah mempunyai ibubapa yang amat menyayanginya berbanding mereka yang tidak mempunyai ibubapa.

Zaman ibubapa masa kecil mungkin tidak sama seperti anak mereka. Zaman dulu tiada internet, zaman sekarang semuanya serba canggih. sekiranya ibubapa mahu memahami anak mereka, ibubapa harus lebih maju terkehadapan berbanding anak.

Anak ini tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Dirinya tetap dirinya. Sekiranya mahu membuat perbandingan bandinglah dengan dirinya sendiri. Anak ini tahu dia mempunyai kelemahan yang tersendiri, dia mahu mengaharapkan kelemehannya itu diperbaiki bukan dimarahi. Anak ini juga mahu yang terbaik untuk ibubapa mereka. 

Tapi situasi sekarang berapa banyak anak yang tidak faham ibubapa tetapi sebaliknya mahu mengharapkan ibubapa memahami mereka. Tidak terfikirkah mereka ketika kecil dahulu dijaga bagai menatang minyak yang penuh. dan sekarang telah menjadi manusia yang berjaya. Ibubapa juga bukanlah mahu mengharapkan kekayaan anak. tetapi cukuplah berbuat baik kepada mereka dan menjadi manusia yang taat kepada Allah. apalah gunanya hidup berharta tapi kering jiwanya.



No comments:

Post a Comment