Friday, March 18, 2011

Allah is always there for U

Semalam, aku rasa sungguh sakit kepala. Aku terlalu banyak berfikir. Banyak perkara yang menimpa diriku sejak akhir-akhir ni.Hampir setiap minggu ada sahaja yang berlaku. Mungkinkah iainya balasan terhadap dosa-dosaku. Atau juga ujian Allah terhadap diriku untuk menguji keimanan dan kesabaranku. Kadangkala aku fikir apakah hikmah setiap kejadian yang berlaku. aku cuba untuk "think on the other side". Aku terlampau fikir sesuatu tu tanpa membuat penyelesaian. Apa kata " try to solve that problem". Dont think too much. Kalau tidak mampu buat sorang,cuba minta tolong. Dalam surah Al-Insyirah ayat 6 yang bermaksud "didalam kesulitan ada kemudahan". Alhamdulillah walaupun cubaan yang melanda diriku sejak akhir-akhirni banyak memusabahkan diriku. malah ada juga sahabat-sahabat memberi dorongan dan bantuan. Sudah tentunya Allah maha kuasa dan penyayang.

surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

   

Banyakkan berdoa InsyaAllah, Allah mendegar doa hamba-hambanya.


No comments:

Post a Comment