kenapa aku nak jadi cikgu?
Sebelum ni, cikgu ialah pilihan terakhirku. Aku sebenarnya konon-kononya nak jadi doktor..tapi tidak dapat melepasi tahapnya maka aku pilihlah cikgu.
Orang kata, cikgu gajinya sikit.Kerjanya? banyak, penat, balik lewat petang..Tapi aku tetap suka. Kenapa? Cikgu ini hebat..lebih hebat dari kerja-kerja yang lain? Kenapa? Sebab dia boleh lahirkan doktor, jurutera, saintis, perdana menteri, peguam...ada sesiapa boleh challenge tak? hehehe
Tapi aku sangat kagum dengan cikgu. Contohnya parents aku. Mak aku setiap hari balik lewat macam kerja kat office. Sabtu ada kelas tambahan. Dapat kelas hujung ajar math pulak tu..ish2 mana tak letihnya. Pelajar pula gila-gila, bila ditanya sepatah jawab berpatah-patah.Tapi aku respectlah..even perangai pelajarnya entah apa-apa, mak ku tetap fikir masa depan diorang. Setiap hari, aku dengar mak kau doakan anak muridnya berjaya dengan cemerlang. iyalah dunia sekarang lain,tak sama cam dulu. kos hidup tinggi. Sekarang, ramai gak anak murid mak aku berjaya malah ada satu universiti dengan aku.
Bapa aku pula, dia pk hem di sekolah menengah. Pergh lagilah, macam-macam masalah disiplin dia temui. bulilah, ponteng kelaslah dan macam2 lagilah. Tapi bapa aku kata kesian diorang ni, kebanyakkan orang susah. kenapalah jadi macam ni. Bukan setakat denagan budak je bermasalah, mak bapak budak pun. ish2...Tapi seronok sebenarnya, walaupun gaji tidak setimpal dengan kerjanya. sebab...dapat banyak pahala, yang penting ikhlas.setiap apa yang cikgu ajar akan disampaikan kepada anak murid dan disampaikan kepada yang lain hinggala kita mati insyaAllah kita dapat pahala.
Aku pula? masih belajar lagi tahun3. Kejap je masa berlalu. Aku pula akan berhadapan dengan situasi mungkin berbeza dengan parents aku. Sebab, aku akan ajar anak-anak istimewa. Anak-anak ini perlu perhatian dan didikan yang lebih berbanding kanak-kanak tipikal yang lain. Kesabaran aku mestilah tinggi berbanding parents aku. Kerana,aku bukan setakat mengajar, tapi mendidik supaya berdikari. Tambahn pula, berhdapan dengan persepsi masyarakat terhdap golongan ini yang berbagai-bagai.
Akhir sekali, jadilah cikgu dengan hati yang penuh ikhlas kerana ia melibatkan masa depan pelajar. Bagiku cukup je gaji cikgu tu yang penting keberkatan tu ada...
No comments:
Post a Comment