aku tak ada masalah untuk orang memanggil aku kakak. Cuma aku berasa janggal bila yang tua dan sebaya panggil aku kakak. Sejak aku masuk 3rd year, mostly junior panggil aku kakak padahal umur sebaya kot. Diorang tak tahu. Cuma mengingatkan aku yang aku ni nampak tua ke dewasa? hahaha. apa2 ajalah.
Mungkin juga disebabkan aku bergaul dengan org yang lebih tua daripada aku. mostly umur diorang 21. and above. aku pulak tak panggil diorang kakak.
Tapi sebenarnya aku dah biasa, sebab aku anak sulung. Cuma boleh tak kata rasa serba salah, sebab diorang panggil aku kakak.herm...Sometime tu adalah aku suruh jangan panggil kakak. Sometime juga aku malas nak menyatakan umur sebenar aku ni.Nanti diorang kata oh dak lompat...erm aku bukannya brilliant sangat. Mungkin rezeki aku masa aku 9 tahun dulu. Sebenarnya tahap kognitif aku biasa sahaja macam orang lain. Yang bezakan antara kita ialah usaha.
Ada orang yang tidak berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kehidupan. Ada orang tak berjaya dalam percintaan, berjaya dalam kehidupan rumah tangga. Ada orang masa kecil dia bijak, bila besar jadi langau. Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Apa yang penting usaha. Usaha kearah yang lebih baik. Segala kebijaksanan, petunjuk itu semua hak Allah. Berdoalah dan mintalah dengan-Nya selalu.
Berbalik kepada "kakak". sedarlah diri yang hang tu dah besor...=)
No comments:
Post a Comment