Kadangkala kita rasa kita ialah orang lain apabila kita berhadapan dengan situasi tertentu.Tapi kita tidak perlu berubah menjadi orang lain, cukuplah sekadar kita menjadi diri kita. Janganlah kita berasa malu, kerana apa yang ada pada kita ialah melambangkan diri kita sebenarnya. Namun begitu, tak kanlah perkara buruk mengenai diri kita seperti bangun lewat, malas cuci pinggan, tidak tutup aurat menjadikan itu ialah diri kita. Apa yang buruk bagi kita ubah menjadi lebih baik.Mungkin orang kata itu hipokrit..tapi saya kata tidak tapi itu mujahadah.Menjadi diri sendiri bermaksud cara kita senyum, bercakap dengan orang lain membuatkan kita rasa selesa dan tidak kekok itulah diri kita. Biar orang kenal kita siapa kita, bukan sebab ayah, nenek, moyang dan sebaginya. Hal ini kerana ibuayah, nenek semua itu bukanlah diri kita. Sayanglah diri anda, kerana jika anda sayang diri anda bermakna anda sayangkan orang lain...:)
Monday, January 10, 2011
Sunday, January 9, 2011
HIDAYAH ...
Hidup ini hanya sebuah persinggahan,
yang mungkin kau lalui dengan kesenangan dan kesusahan,
Hidup ini juga merupakan sesuatu yang tidak dapat kau jangkakan,
Kadangkala apa yang kau impikan semuanya tidak seperti yang dirancang,
Malah perkara yang mungkin kau tidak pernah fikirkan pula yang datang,
Sebenarnya Allahlah sebaik-baik perncang,
Mungkin apa yang kau mahu itu tidak baik kepada kau,
Mungkin apa yang datang itu lebih baik kepada kau,
HIDAYAH...
Hidup yang kau lalui ini ialah cabaran
mungkin juga ujian atau dugaan
apa yang perlu kau lakukan ialah
tempuhilah ia dengan senyuman
redha dengan ketentuan
Lakukan dengan tindakan
Tindakan yang akan memberi kesan
kepada kehidupan untuk
dibawa bekalan
akhirat kelak............
HIDAYAH...
Hidup ini tidak semudah apa yang kau katakan
tidak semudah apa yang kau tuliskan
sekiranya kau mahu bagaimana sebuah kehidupan
kau laluinya sendiri
dengan mata hati
gerakkan sendiri dengan tangan dan kaki
biarlah lidah mu lebih banyak berhenti
coretan ini aku hadiahkan kepada HIDAYAH...
Hidup ini hanya sebuah persinggahan,
yang mungkin kau lalui dengan kesenangan dan kesusahan,
Hidup ini juga merupakan sesuatu yang tidak dapat kau jangkakan,
Kadangkala apa yang kau impikan semuanya tidak seperti yang dirancang,
Malah perkara yang mungkin kau tidak pernah fikirkan pula yang datang,
Sebenarnya Allahlah sebaik-baik perncang,
Mungkin apa yang kau mahu itu tidak baik kepada kau,
Mungkin apa yang datang itu lebih baik kepada kau,
HIDAYAH...
Hidup yang kau lalui ini ialah cabaran
mungkin juga ujian atau dugaan
apa yang perlu kau lakukan ialah
tempuhilah ia dengan senyuman
redha dengan ketentuan
Lakukan dengan tindakan
Tindakan yang akan memberi kesan
kepada kehidupan untuk
dibawa bekalan
akhirat kelak............
HIDAYAH...
Hidup ini tidak semudah apa yang kau katakan
tidak semudah apa yang kau tuliskan
sekiranya kau mahu bagaimana sebuah kehidupan
kau laluinya sendiri
dengan mata hati
gerakkan sendiri dengan tangan dan kaki
biarlah lidah mu lebih banyak berhenti
coretan ini aku hadiahkan kepada HIDAYAH...
Thursday, January 6, 2011
sejauh mana sosial rights??
Terdapat 3 model kekurangan keupayaan..
Model kebajikan ialah di mana orang kurang upaya hanya menerima bantuan tanpa usahanya sendiri. Bantuan yang diberikan selalunya diberikan oleh orang yang mempunyai kuasa. Model ini mempunyai kebaikan tersendiri iaitu memupuk keprahatinan orang ramai terhadap orang kurang upaya. Namun begitu, ia menyebabkan orang kurang upaya ini tidak boleh berusaha sendiri serta mereka tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk menyatakan kehendak mereka.
Model perubatan pula ialah orang kurang upaya ini perlu dirawat berdasarkan kecacatannya. Sesetengah doktor mungkin mahu menggunakan kepakarannya untuk merawat orang kurang upaya. Mereka akan menentukan apakah rawatan yang harus dan patut diterima oleh orang kurang upaya ini.Namun begitu, tidak semestinya apa yang diberi rawatan dapat memudahkan perjalanan hidup mereka.Orang kurang upaya juga akan bergantung kepada khidmat pakar doktor semata-mata.
Model hak-hak sosial ialah kita melihat orang kurang upaya dari sudut yang pelbagai. Mereka sebenarnya lebih suka untuk membuat sesuatu pekerjaan sendiri kerana mereka beranggapan sampai bila mereka harus bergantung hidup kepada orang lain.Oleh itu hak-hak sosial dimaksudkan disini kita perlu ubah susana persekitaran, prasana dan kemudahan kepada mesra oku. Contohnya sekiranya oku mahu menaiki tangga, prasarana yang boleh diubah ilah kepada lif. Selain itu dari segi pembelajaran pula, contohnya orang yang mempunyai msalah penglihatan mereka perlu diberi bantuan bahan bacaan braile.
Kesimpulannya, model hak-hak asasi ialah model yang terbaik berbanding model-model lain kerana, mereka dapat memaksimumkan keupayaan yang mereka ada dengan pengubahsuaian persekitaran seperti prasarana, kemudahan, alat bantu mengajar yang dapat membantu memudahkan kehidupan mereka.Ya saya bersetuju dengan pendapat ini kerana, ssecara tidak langsung ia dapat menguntungkan negara kerana orang kurang upaya dapat berkerja sendiri, berdikari seterusnya dapat menyumbang kepakaran yang mereka ada serta tidak menyusahkan masayarakat.
Thursday, December 30, 2010
TAKUTNYA......
Kenapa kita berasa takut? adakah kita takutkan Allah kerana buat salah atau kita takut hilang segala harta, kekayaan, keluarga? mungkin boleh jadi kita takutkan hantu? kadangkala perkara yang paling kita takuti ialah diri sendiri? kenapa? cuba anda tanya diri sendirilah lah ae....tapi sebenarnya kita lebih banya takut kepada kegagalan dunia.kenapa? walhal apa yang terjadi yang akan jadi Allah tentukan. Mohon banyak2 kepadanya. Mengadulah kepadanya...Allah mendengar rintihan hambahanya....Janganlah kita berputus harap kepadanya...kita kena yakin ketentuannya...InsyaAllah Allah akan bantu kita. Apa yang penting kita jalankan perintahnya. Tapi usaha tu kenalah ada. Hidup ini bukan tegak je. Hidup ini pelbagai...Ada yang baik, jahat, sempurna, kurang sempurna dan sebgainya. Bergantung kepada kita bagaimana kita menggunakan semaksimumnya apa yang Allah bagi kat kita untuk berada di jalan-Nya. Moga setiap perbuatan kita mendapat keredhaannya. Usahlah takutkan sesuatu yang kita tidak perlu takut. Takutlah kepada Allah wahai diri ini.....
Sunday, December 26, 2010
INFANTICIDE NOT SUCIDE
Saya percaya ramai diantara kita masih tidak tahu lagi apa itu pendidikan khas. Pelbagai kepercayaan, persepsi dan pandangan orang ramai terhadap pendidikan khas. Mungkin apabila kita sebut orang kurang upaya atau cacat mereka akan nampak apa yang dimaksudkan dengan khas. Pendidikan pula seperti yang kita tahu ialah pengajaran yang diberikan oleh guru dalam bidang akademik, sosial dan sebagainya. Minggu lepas saya telah mempelajari Isu dan Falsafah pendidikan mengenai sikap masyarakat terhadap orang kekurangan upaya ini dan diantara sikap tersebut ialah:
- Prejudis
- Hostility
- Memandang rendah
- Kasihan
- Ignorance
- Indefferent
Sikap masyarakat seperti ini sebenarnya sudah wujud lama iaitu ketika
Zaman yunani
- Infanticide yang bermaksud pembunuhan bayi.
- Bayi-bayi yang dilahirkan dalam kekurangan keupayaan pada zaman tersebut akan dibunuh dan perbuatan ini sudah menjadi seperti kebiasaan mereka atau budaya mereka.
Zaman Rome
- Juga berlaku Infanticide dengan membuang bayi yang mempunyai kekurangan keupayaan ke dalam sungai.
- Orang-orang kerdil dan buta pula dipaksa berlawan dengan binatang dalam arena
Zaman Inggeris Kuno
- Kepercayaan mereka pada ketika itu kekurangan keupayaan ialah hasil daripada kerja syaitan.
- Orang kekurangan keupayaan dipanggil "Changelings atau jelmaan syaitan.
- Mereka ini perlu dibunuh
- Namun terdapat juga orang-orang kaya yang simpan OKU yang rendah mental sebagai hiburan.
Abad ke 18
- Pergerakan Eugenics iaitu masyarakat perlu orang yang sempurna oleh itu OKU ini perlu dibunuh
- Pembunuhan yang rasanya kejam dilakukan ialah pembunuhan beribu-ribu OKU di kem2 tahanan Nazi pada tahun 30 dan 40 an.
Sebelum 1960 an
- OKU ini dijual ke sarkas dan taman hiburan
- Contonya kembar siam Chang & Eng (1811-1874)
Persepsi dari segi agama dan OKU pula
OKU dikaitkan denga dosa sama ada dosa OKU sendiri dan dosa ibu bapa
Selalunya kepercayaan ini berlaku dalam buddhanism
Bagaiamana dengan budaya kita pula iaitu budaya timur?
- Ada yang berpendapat mereka percaya bahawa bayi yang dilahirakan kekurangan keupayaan merupakan kenan terhadap apa yang ibubapa lakukan semasa bayi dalam kandungan.Contoh apabila ibu yang mengandung bunuh ular anak yang dilahirkan akan bersisik seperti ular
- OKU ini beban kepada masyarakat. Oleh itu terdapat ibubapa yang menyorokkan anak OKU ini agar masyarakat tidak tahu mereka mempunyai anak yang OKU.
Persepsi atau tanggapan yang timbul seperti diatas berlaku sebelum wujudnya pendidikan khas. Namun begitu pendidikan khas yang sudah wujud sekarang juga masih lagi menimbulkan tanggapan negetif terhadap golonga kurang upaya ini.Kenapa hal ini terjadi? sedangkan OKU ialah manusia seperti kita cuma mereka ini terlalu istimewa. Hargailah mereka kerana mereka yang akan bawa kita ke jalan bahagia.
P/s :ini baru bayi OKU...macam mana yang cukup sifat dibuang seperti sampah?????Di manakah iman kita? Dimanakah iman mereka????
Wallahualam....
Monday, December 20, 2010
ADA 2 PERKARA
Ada 2 perkara yang perlu kita ingat iaitu
1.
2.
1.
2.
Ada 2 perkara yang perlu kita lupa
1. Kebaikkan kita kepada orang lain
2. keburukan orang lain kepada kita
Sunday, November 14, 2010
OH CUTI KU.....
cuti oh cuti...apa aku nak buat time cuti agar bermanfaat dari cuti yang lalu
perancangan aku
1. ajar adik tahun depan darjah 4
2. baca bku2 ilmiah atau agama yaang tak habis2 baca
3. tengok citer2 best(x de yang best sebenanrnya)
4. x de idea...nanti pk lagi...
perancangan aku
1. ajar adik tahun depan darjah 4
2. baca bku2 ilmiah atau agama yaang tak habis2 baca
3. tengok citer2 best(x de yang best sebenanrnya)
4. x de idea...nanti pk lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)





