Sunday, December 26, 2010

INFANTICIDE NOT SUCIDE

Saya percaya ramai diantara kita masih tidak tahu lagi apa itu pendidikan khas. Pelbagai kepercayaan, persepsi dan pandangan orang ramai terhadap pendidikan khas. Mungkin apabila kita sebut orang kurang upaya atau cacat mereka akan nampak apa yang dimaksudkan dengan khas. Pendidikan pula seperti yang kita tahu ialah pengajaran yang diberikan oleh guru dalam bidang akademik, sosial dan sebagainya. Minggu lepas saya telah mempelajari Isu dan Falsafah pendidikan mengenai sikap masyarakat terhadap orang kekurangan upaya ini dan diantara sikap tersebut ialah:


  • Prejudis
  • Hostility
  • Memandang rendah
  • Kasihan
  • Ignorance
  • Indefferent
Sikap masyarakat seperti ini sebenarnya sudah wujud lama iaitu ketika

Zaman yunani

  • Infanticide yang bermaksud pembunuhan bayi.
  • Bayi-bayi yang dilahirkan dalam kekurangan keupayaan pada zaman tersebut akan dibunuh dan perbuatan ini sudah menjadi seperti kebiasaan mereka atau budaya mereka.
Zaman Rome
  • Juga berlaku Infanticide dengan membuang bayi yang mempunyai kekurangan keupayaan ke dalam sungai.
  • Orang-orang kerdil dan buta pula dipaksa berlawan dengan binatang dalam arena
Zaman Inggeris Kuno
  • Kepercayaan mereka pada ketika itu kekurangan keupayaan ialah hasil daripada kerja syaitan.
  • Orang kekurangan keupayaan dipanggil "Changelings atau jelmaan syaitan.
  • Mereka ini perlu dibunuh 
  • Namun terdapat juga orang-orang kaya yang simpan OKU yang rendah mental sebagai hiburan.
Abad ke 18
  • Pergerakan Eugenics iaitu masyarakat perlu orang yang sempurna oleh itu OKU ini perlu dibunuh
  • Pembunuhan yang rasanya kejam dilakukan ialah pembunuhan beribu-ribu OKU di kem2 tahanan Nazi pada tahun 30 dan 40 an.
Sebelum 1960 an
  • OKU ini dijual ke sarkas dan taman hiburan
  • Contonya kembar siam Chang & Eng (1811-1874)

Persepsi dari segi agama dan OKU pula
OKU dikaitkan denga dosa sama ada dosa OKU sendiri dan dosa ibu bapa
Selalunya kepercayaan ini berlaku dalam buddhanism

Bagaiamana dengan budaya kita pula iaitu budaya timur?
  • Ada yang berpendapat mereka percaya bahawa bayi yang dilahirakan kekurangan keupayaan merupakan kenan terhadap apa yang ibubapa lakukan semasa bayi dalam kandungan.Contoh apabila ibu yang mengandung bunuh ular anak yang dilahirkan akan bersisik seperti ular
  • OKU ini beban kepada masyarakat. Oleh itu terdapat ibubapa yang menyorokkan anak OKU ini agar masyarakat tidak tahu mereka mempunyai anak yang OKU.
Persepsi atau tanggapan yang timbul seperti diatas berlaku sebelum wujudnya pendidikan khas. Namun begitu pendidikan khas yang sudah wujud sekarang juga masih lagi menimbulkan tanggapan negetif terhadap golonga kurang upaya ini.Kenapa hal ini terjadi? sedangkan OKU ialah manusia seperti kita cuma mereka ini terlalu istimewa. Hargailah mereka kerana mereka yang akan bawa kita ke jalan bahagia.

P/s :ini baru bayi OKU...macam mana yang cukup sifat dibuang seperti sampah?????Di manakah iman kita? Dimanakah iman mereka????

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment