“Jikalau kamu semua mendapatkan kebaikan, maka hal itu tidak menyelesakan hati mereka sedang jikalau kamu semua mendapat kemudaratan, maka merekapun bergembira disebabkan kemudaratan tersebut.” (Surah al-Imran: 120)
Berdasarkan ayat al-quran diatas, kita dapat lihat berapa ramai manusia kini tidak suka akan kesenangan orang lain, bahkan gembira diatas kesusahan orang lain. Sifat hasad dan dengki selalu hadir dalam diri mereka. Kadangkala perasaan hasad ini, sampai membawa kematian seseorang. Astaghfirullah..
Kisah hasad dan dengki ini juga kita boleh mengimbas kembali kisah habil dan qabil.Bagaimana mereka mempersembahkan hasil pengorbanan mereka kepada Allah.Qabil mempersembahkan hasil pertanian yang paling buruk kepada Allah manakala hHbil mempersembahkan ternakan yang terbaik kepada Allah.Sudah tentulah pengorbanan Habil yang diterima. Namun begitu, Qabil tidak senang hati dengan Habil. Lantaran daripada itu Qabil telah membunuh Habil. Begitulah riwayat anak adam yang berhasad dengki serta tidak suka akan kesenangan orang lain.
sanggup membunuh... |
Saya selalu mendengar, kawan saya kata kalau si A tak buat salah, kenapa dia dihukum? Kenapa dia ditahan?. Saya hanya menggeleng,Kalau orang dah tak suka akan kesenangan orang lain macam-macam dia buat. Contohnya seperti Rasulluah dahulu. Kenapa Rasulluah dipulau, dihina dan macam-macam lagi yang Rasulluah terima yang kita mungkin tak mampu menghadapinya.
Saya terdetik untuk menulis ini kerana pelbagai fitnah yang timbul sejak akhir-akhir ni. Dunia akhir zaman, fitnah akan berleluasa. Sama ada kita hendak percaya atau tidak terpulang kepada kita. Bagi saya selagi tak ada bukti yang sahih, kita tak boleh mengesahkannya.Mungkin, kerana dunia, harta pangkat mereka sanggup berbuat demikian. Walhal hidup kita belum tentu lagi. Entah2 besok lusa, tulat.
Nasihat ini untuk diri saya juga. Moga2 saya tidak terjebak hal seperti ini sampai sanggup membomohkan orang.Nauzubillah...
Surah AlHasyr. Ayat 10. Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daaripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu. |