Tuesday, March 8, 2011

next step....

Aku tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni macam-macam peristiwa yang berlaku. buruk dan baik semuanya ada. kadangkala aku rasa gembira, kerana Allah bagi aku hidup dan bernafas dibumiNya.seinfiniti kesyukuran ku panjat kepadanya.Kini ku genap berumur 20 tahun 3 hari.Namun hidup itu tidak semestinya indah., kadangkala aku rasa sedih-sedih mengenang dosa-dosa lalu. Masihkah ada ruang ku mohon ampun kepada-Mu ya Allah.

Peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ni aku sering lupa. Kenapa ya? banyak makan semutkah. Minggu lepas tertinggal kunci dalam bilik, tertinggal pen drive dalam lab komuputer. minggu ni tertinggal dompet dalam bilik, tertinggal kuih orang bagi huhu...kenapa ya..sedihnya..banyak sangat ke aku fikir? Tolong ingatkan aku sekiranya aku lupa. pernah juga aku lupa nak solat coz dah biasa solat dulu sebelum keuar. Ya allah itulah perkara lupa yang aku rasa sangat kesal, sangat2 kesal. Tiba-tiba aku terfikir sempurnahkah solat2 ku yang lalu? diterimakah? Sebelum itu, sim card aku pulak rosak...orang tidak dapat contact begitu juga sebaliknya.

Alhamdulillah....walaubagaimanapun situasiku aku masih bersyukur masih mempunyai sesuatu, untuk beribadat kepada mu. Semua itu bukan alasan untukku berputus asa kepadamu. Tiba-tiba aku teringat lagu yang didendangkan masa aku summer camp masa darjah 6 dulu selepas terdengar lagu tersebut di radio ikim yang berbunyi:

Cinta kepada Allah,
Cinta Rasul,
Cinta Ibubapa,
Cinta kepada ummah,
Cinta kepada kecemerlangan,
Mari kita semua cinta 5 perkara....

^_^

No comments:

Post a Comment