Sunday, January 16, 2011

Percanggahan akta pendidikan dalam pendidikan khas

Pada pandangan saya.....



Bincangkan percanggahan yang terdapat dalam polisi-polisi berkenaan  pendidikan orang kurang upaya di malaysia.

Seksyen 28, Akses Kepada Pendidikan Akta OKU 2008 mengatakan OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak berkeperluan khas tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat. Namun hal demikian, akta ini bercanggah dengan Akta pendidikan khas 1997 yang mengatakan bahawa bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh didik sahaja boleh mendapatkan pendidikan khas.Ungkapan boleh didik menunjukkan gambaran bahawa ada golongan orang kurang upaya ini tidak boleh didik.
Menurut pindaan peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 mengatakan bahawa pelajar dua kecacatan boleh diterima dalam pendidikan khas. Namun hal demikian pindaan ini masih lagi mendiskriminasikan OKU kerana terdapat juga OKU yang mempunyai pelbagai kecacatan. Akta ini bercanggah dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mendapatkan peluang pendidikan yang adil dan saksama
Akta pendidikan 1996 mengatakan bahawa Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang di fikirkan oleh Menteri sesuai dan bermanfaat.Akta ini menimbulkan sedikit percanggahan kerana Akta Pelajaran 1961: “Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya”. Oleh itu, pendidikan khas sewajarnya dan sepatutnya diwujudkan berdasarkan keperluan rakyat bukan apa yang difikirkan oleh menteri sesuai dan bermanfaat.

No comments:

Post a Comment