Tuesday, January 25, 2011

umat ISLAM pasti BOLEH :)

Menuju Wawasan

Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com



Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah


umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam


Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh


umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat


aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari


umat islam harus cemerlang hari ini
umat islam sentiasa boleh


akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

Thursday, January 20, 2011

KEBAHAGIAAN BAGIKU...



Setiap orang mahukan kebahagiaan dan lupakan kesedihan. Tapi bagaimanakah yang dimaksudkan dengan bahagia?

" Bahagianya dapat 4 flat"
" Bahagianya dapat pergi melancong"
" Bahagianya dapat bercinta"
" Bahagianya jika semua orang faham tentang Islam"

Pelbagai orang mentafsirkan maksud bahagia mengikut situasi, tempat dan waktu. 
Sekiranya anda mahu mencari kebahagiaan yang hakiki klik disini.
Setakat ini, sepanjang saya bergelar mahasiswa pelabagai jenis kebahagiaan yang saya cuba cari. Adakalanya saya berasa cemburu dengan rakan-rakan lain dapat bersama-sama berjalan-jalan berkelah menikmati keindahan alam manakala saya sibuk dengan urusan lain. Tetapi apabila kita berfikiran secara positif dan secara matang bukan itulah kebahagiaan yang sebenar. Lebih baiklah sekiranya kita menggunakan masa muda kita dengan banyak beribadat, bermunajat kepada allah iaitu cinta yang sebenar. Ya saya sedar jiwa atau darah muda ini inginkan keduniaan tapi saya rasa masih panjang ke nyawa saya?. Adakah sudah banyak ke amal saya. Kebahagiaan yang juga saya cuba cari ialah manisnya ukwah dalam meneruskan menegakkan agama Allah. Ikatan persahabatan yang terjalin bukan semata-mata kerana sebagai peneman suka duka kehidupan tetapi sebagai kekuatan menemui kebahagiaan sebenar iaitu cinta Allah. Akhir sekali bahgianya saya n para penduduk bumi ini benar-benar faham tentang ISLAM agama Allah Mungkin setakat ini sahaja apa yang saya tafsirkan kebahgiaan yang saya rasa menurut persepsi diri saya.



Sunday, January 16, 2011

Percanggahan akta pendidikan dalam pendidikan khas

Pada pandangan saya.....



Bincangkan percanggahan yang terdapat dalam polisi-polisi berkenaan  pendidikan orang kurang upaya di malaysia.

Seksyen 28, Akses Kepada Pendidikan Akta OKU 2008 mengatakan OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak berkeperluan khas tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat. Namun hal demikian, akta ini bercanggah dengan Akta pendidikan khas 1997 yang mengatakan bahawa bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan khas yang boleh didik sahaja boleh mendapatkan pendidikan khas.Ungkapan boleh didik menunjukkan gambaran bahawa ada golongan orang kurang upaya ini tidak boleh didik.
Menurut pindaan peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 mengatakan bahawa pelajar dua kecacatan boleh diterima dalam pendidikan khas. Namun hal demikian pindaan ini masih lagi mendiskriminasikan OKU kerana terdapat juga OKU yang mempunyai pelbagai kecacatan. Akta ini bercanggah dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mendapatkan peluang pendidikan yang adil dan saksama
Akta pendidikan 1996 mengatakan bahawa Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang di fikirkan oleh Menteri sesuai dan bermanfaat.Akta ini menimbulkan sedikit percanggahan kerana Akta Pelajaran 1961: “Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya”. Oleh itu, pendidikan khas sewajarnya dan sepatutnya diwujudkan berdasarkan keperluan rakyat bukan apa yang difikirkan oleh menteri sesuai dan bermanfaat.

Monday, January 10, 2011

Kerana saya ialah saya :)

Kadangkala kita rasa kita ialah orang lain apabila kita berhadapan dengan situasi tertentu.Tapi kita tidak perlu berubah menjadi orang lain, cukuplah sekadar kita menjadi diri kita. Janganlah kita berasa malu, kerana apa yang ada pada kita ialah melambangkan diri kita sebenarnya. Namun begitu, tak kanlah perkara buruk mengenai diri kita seperti bangun lewat, malas cuci pinggan, tidak tutup aurat menjadikan itu ialah diri kita. Apa yang buruk bagi kita ubah menjadi lebih baik.Mungkin orang kata itu hipokrit..tapi saya kata tidak tapi itu mujahadah.Menjadi diri sendiri bermaksud cara kita senyum, bercakap dengan orang lain membuatkan kita rasa selesa dan tidak kekok itulah diri kita. Biar orang kenal kita siapa kita, bukan sebab ayah, nenek, moyang dan sebaginya. Hal ini kerana ibuayah, nenek semua itu bukanlah diri kita. Sayanglah diri anda, kerana jika anda sayang diri anda bermakna anda sayangkan orang lain...:)

Sunday, January 9, 2011

HIDAYAH ...
Hidup ini hanya sebuah persinggahan, 
yang mungkin kau lalui dengan kesenangan dan kesusahan,
Hidup ini juga merupakan sesuatu yang tidak dapat kau jangkakan,
Kadangkala apa yang kau impikan semuanya tidak seperti yang dirancang,
Malah perkara yang mungkin kau tidak pernah fikirkan pula yang datang,
Sebenarnya Allahlah sebaik-baik perncang,
Mungkin apa yang kau mahu itu tidak baik kepada kau,
Mungkin apa yang datang itu lebih baik kepada kau,


HIDAYAH...
Hidup yang kau lalui ini ialah cabaran
mungkin juga ujian atau dugaan
apa yang perlu kau lakukan ialah
tempuhilah ia dengan senyuman
redha dengan ketentuan
Lakukan dengan tindakan
Tindakan yang akan memberi kesan
kepada kehidupan untuk
dibawa bekalan
akhirat kelak............


HIDAYAH...
Hidup ini tidak semudah apa yang kau katakan
tidak semudah apa yang kau tuliskan
sekiranya kau mahu bagaimana sebuah kehidupan
kau laluinya sendiri
dengan mata hati
gerakkan sendiri dengan tangan dan kaki
biarlah lidah mu lebih banyak berhenti


coretan ini aku hadiahkan kepada HIDAYAH...



Thursday, January 6, 2011

sejauh mana sosial rights??

Terdapat 3 model kekurangan keupayaan..

          Model kebajikan ialah di mana orang kurang upaya hanya menerima bantuan tanpa usahanya sendiri. Bantuan yang diberikan selalunya diberikan oleh orang yang mempunyai kuasa. Model ini mempunyai kebaikan tersendiri iaitu memupuk keprahatinan orang ramai terhadap orang kurang upaya. Namun begitu, ia menyebabkan orang kurang upaya ini tidak boleh berusaha sendiri serta mereka tidak mempunyai kuasa atau autoriti untuk menyatakan kehendak mereka.
Model perubatan pula ialah orang kurang upaya ini perlu dirawat berdasarkan kecacatannya. Sesetengah doktor mungkin mahu menggunakan kepakarannya untuk merawat orang kurang upaya. Mereka akan menentukan apakah rawatan yang harus dan patut diterima oleh orang kurang upaya ini.Namun begitu, tidak semestinya apa yang diberi rawatan dapat memudahkan perjalanan hidup mereka.Orang kurang upaya juga akan bergantung kepada khidmat pakar doktor semata-mata.
Model hak-hak sosial ialah kita melihat orang kurang upaya dari sudut yang pelbagai. Mereka sebenarnya lebih suka untuk membuat sesuatu pekerjaan sendiri kerana mereka beranggapan sampai bila mereka harus bergantung hidup kepada orang lain.Oleh itu hak-hak sosial dimaksudkan disini kita perlu ubah susana persekitaran, prasana dan kemudahan kepada mesra oku. Contohnya sekiranya oku mahu menaiki tangga, prasarana yang boleh diubah ilah kepada lif. Selain itu dari segi pembelajaran pula, contohnya orang yang mempunyai msalah penglihatan mereka perlu diberi bantuan bahan bacaan braile.
Kesimpulannya, model hak-hak asasi ialah model yang terbaik berbanding model-model lain kerana, mereka dapat memaksimumkan keupayaan yang  mereka ada dengan pengubahsuaian persekitaran seperti prasarana, kemudahan, alat bantu mengajar yang dapat membantu memudahkan kehidupan mereka.Ya saya bersetuju dengan pendapat ini kerana, ssecara tidak langsung ia dapat menguntungkan negara kerana orang kurang upaya dapat berkerja sendiri, berdikari seterusnya dapat menyumbang kepakaran yang mereka ada serta tidak menyusahkan masayarakat.