Thursday, December 30, 2010

TAKUTNYA......

Kenapa kita berasa takut? adakah kita takutkan Allah kerana buat salah atau kita takut hilang segala harta, kekayaan, keluarga? mungkin boleh jadi kita takutkan hantu? kadangkala perkara yang paling kita takuti ialah diri sendiri? kenapa? cuba anda tanya diri sendirilah lah ae....tapi sebenarnya kita lebih banya takut kepada kegagalan dunia.kenapa? walhal apa yang terjadi yang akan jadi Allah tentukan. Mohon banyak2 kepadanya. Mengadulah kepadanya...Allah mendengar rintihan hambahanya....Janganlah kita berputus harap kepadanya...kita kena yakin ketentuannya...InsyaAllah Allah akan bantu kita. Apa yang penting kita jalankan perintahnya. Tapi usaha tu kenalah ada. Hidup ini bukan tegak je. Hidup ini pelbagai...Ada yang baik, jahat, sempurna, kurang sempurna dan sebgainya. Bergantung kepada kita bagaimana kita menggunakan semaksimumnya apa yang Allah bagi kat kita untuk berada di jalan-Nya. Moga setiap perbuatan kita mendapat keredhaannya. Usahlah takutkan sesuatu yang kita tidak perlu takut. Takutlah kepada Allah wahai diri ini.....


Sunday, December 26, 2010

INFANTICIDE NOT SUCIDE

Saya percaya ramai diantara kita masih tidak tahu lagi apa itu pendidikan khas. Pelbagai kepercayaan, persepsi dan pandangan orang ramai terhadap pendidikan khas. Mungkin apabila kita sebut orang kurang upaya atau cacat mereka akan nampak apa yang dimaksudkan dengan khas. Pendidikan pula seperti yang kita tahu ialah pengajaran yang diberikan oleh guru dalam bidang akademik, sosial dan sebagainya. Minggu lepas saya telah mempelajari Isu dan Falsafah pendidikan mengenai sikap masyarakat terhadap orang kekurangan upaya ini dan diantara sikap tersebut ialah:


  • Prejudis
  • Hostility
  • Memandang rendah
  • Kasihan
  • Ignorance
  • Indefferent
Sikap masyarakat seperti ini sebenarnya sudah wujud lama iaitu ketika

Zaman yunani

  • Infanticide yang bermaksud pembunuhan bayi.
  • Bayi-bayi yang dilahirkan dalam kekurangan keupayaan pada zaman tersebut akan dibunuh dan perbuatan ini sudah menjadi seperti kebiasaan mereka atau budaya mereka.
Zaman Rome
  • Juga berlaku Infanticide dengan membuang bayi yang mempunyai kekurangan keupayaan ke dalam sungai.
  • Orang-orang kerdil dan buta pula dipaksa berlawan dengan binatang dalam arena
Zaman Inggeris Kuno
  • Kepercayaan mereka pada ketika itu kekurangan keupayaan ialah hasil daripada kerja syaitan.
  • Orang kekurangan keupayaan dipanggil "Changelings atau jelmaan syaitan.
  • Mereka ini perlu dibunuh 
  • Namun terdapat juga orang-orang kaya yang simpan OKU yang rendah mental sebagai hiburan.
Abad ke 18
  • Pergerakan Eugenics iaitu masyarakat perlu orang yang sempurna oleh itu OKU ini perlu dibunuh
  • Pembunuhan yang rasanya kejam dilakukan ialah pembunuhan beribu-ribu OKU di kem2 tahanan Nazi pada tahun 30 dan 40 an.
Sebelum 1960 an
  • OKU ini dijual ke sarkas dan taman hiburan
  • Contonya kembar siam Chang & Eng (1811-1874)

Persepsi dari segi agama dan OKU pula
OKU dikaitkan denga dosa sama ada dosa OKU sendiri dan dosa ibu bapa
Selalunya kepercayaan ini berlaku dalam buddhanism

Bagaiamana dengan budaya kita pula iaitu budaya timur?
  • Ada yang berpendapat mereka percaya bahawa bayi yang dilahirakan kekurangan keupayaan merupakan kenan terhadap apa yang ibubapa lakukan semasa bayi dalam kandungan.Contoh apabila ibu yang mengandung bunuh ular anak yang dilahirkan akan bersisik seperti ular
  • OKU ini beban kepada masyarakat. Oleh itu terdapat ibubapa yang menyorokkan anak OKU ini agar masyarakat tidak tahu mereka mempunyai anak yang OKU.
Persepsi atau tanggapan yang timbul seperti diatas berlaku sebelum wujudnya pendidikan khas. Namun begitu pendidikan khas yang sudah wujud sekarang juga masih lagi menimbulkan tanggapan negetif terhadap golonga kurang upaya ini.Kenapa hal ini terjadi? sedangkan OKU ialah manusia seperti kita cuma mereka ini terlalu istimewa. Hargailah mereka kerana mereka yang akan bawa kita ke jalan bahagia.

P/s :ini baru bayi OKU...macam mana yang cukup sifat dibuang seperti sampah?????Di manakah iman kita? Dimanakah iman mereka????

Wallahualam....

Monday, December 20, 2010

ADA 2 PERKARA

Ada 2 perkara yang perlu kita ingat iaitu
1.
2.


 MATI

Ada 2 perkara yang perlu kita lupa

1. Kebaikkan kita kepada orang lain

2. keburukan orang lain kepada kita


Sunday, November 14, 2010

OH CUTI KU.....

cuti oh cuti...apa aku nak buat time cuti agar bermanfaat dari cuti yang lalu

perancangan aku
1. ajar adik tahun depan darjah 4
2. baca bku2 ilmiah atau agama yaang tak habis2 baca
3. tengok citer2 best(x de yang best sebenanrnya)
4. x de idea...nanti pk lagi...

Sunday, October 31, 2010

KUATKAN HATI KAMI

Sajak yang direka dah lama selepas terpaksa dihantar ke suatu tempat....
hehe tidak sedap pun cuma mengekspreskan apa yang hati ini rasa
Tak tahulah tajuk dia pe....



Aku tidak sangka
Bahawa kita akan bertemu disini
mempunyai tujuan yang sama
Dimana permulaanya hanya
untuk menggapai cita-cita
dan tiba-tiba
Kita semua telah terjatuh dilembah
ukhwah...
Detik pertemuan semuanya telah diatur-Nya
Diantara kita semuanya berbeza
tapi disatukan oleh satu iaitu agama
Walaupun kita dibenci oleh "mereka"
Kita tetap berusaha mencari makna
Makna cinta...
Cinta Allah yang maha Esa

Hidup itu tidak begitu mudah
walaupun hati ini terpaksa
ku teruskan jua
walau dimana sahaja kita berada
Wahai sahabat
janganlah engkau berduka
walaupun kita diseksa
walaupun kita dicerca
walaupun kita diluka
kerana semua itu adalah
tarbiyah dari-Nya
Maka janganlah berputus asa


Ya Allah tetapkan hati kami,
Agar kami bersatu hati,
Dengan anggota-anggota kami sendiri.
Untuk menegakkan Islam di bumi ini........

Friday, October 29, 2010

APA NAK JADI?


Masihkah kita ingat pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.......

Apa nak jadi dengan dunia sekarang?
Setiap hari ada saja yang membunuh,
yang dibunuh,
dengan kejam tanpa ada perikemanusiaan
mungkinkah ini satu petanda dunia nak kiamat?
tapi apakah usaha kita?
masihkah kita mampu ketawa,
besuka-suka?
Kalau agama dibelakangkan...
inilah jadinya...



Astaghfirullah...
Wahai manusia kembalilah.....
Kembalillah kepada Allah
Tuhanmu pencipta sekalian alam..

Thursday, October 28, 2010

Wednesday, October 27, 2010

EXAM 2010/2011 SEM 1

HAHA.....lama betul x post something kat blog dari exam sem lepas sampai exam sekarang..
asal exam je nak wat blog coz otak tengah bengong studi....kadang-kadang rasa cam bukan bosan tp x boleh nak stay lme2 ap org kata sudy gle2 lebih kurang ar...anyway all the best to my self