Sajak yang direka dah lama selepas terpaksa dihantar ke suatu tempat....
hehe tidak sedap pun cuma mengekspreskan apa yang hati ini rasa
Tak tahulah tajuk dia pe.... Aku tidak sangka
Bahawa kita akan bertemu disini
mempunyai tujuan yang sama
Dimana permulaanya hanya
untuk menggapai cita-cita
dan tiba-tiba
Kita semua telah terjatuh dilembah
ukhwah...
Detik pertemuan semuanya telah diatur-Nya
Diantara kita semuanya berbeza
tapi disatukan oleh satu iaitu agama
Walaupun kita dibenci oleh "mereka"
Kita tetap berusaha mencari makna
Makna cinta...
Cinta Allah yang maha Esa
Hidup itu tidak begitu mudah
walaupun hati ini terpaksa
ku teruskan jua
walau dimana sahaja kita berada
Wahai sahabat
janganlah engkau berduka
walaupun kita diseksa
walaupun kita dicerca
walaupun kita diluka
kerana semua itu adalah
tarbiyah dari-Nya
Maka janganlah berputus asa
Ya Allah tetapkan hati kami,
Agar kami bersatu hati,
Dengan anggota-anggota kami sendiri.
Untuk menegakkan Islam di bumi ini........
No comments:
Post a Comment