Wednesday, September 11, 2013

Menangis air mata darah sekalipun....

Aku seringkali mengenangkan hari-hari aku yang dah beralalu. Hatta kalau aku menangis air mata darah sekalipun masa tersebut tidak akan kembali kepada aku. Selama ini memang air mata itu sudah mengalir cuma bukan darahlah, hanya air mata yang masin. Aku tahu, aku sedar akan kesilapan yang aku lakukan. Namun kesedaran aku ini tidak membuatkan aku berubah. Mungkin aku sudah terkena penyakit. Iaitu penyakit hati. Keresahan, kerisauan, gundah gulana menghantui aku. 

Hari terakhir aku di UKM tidak menggembirakan aku. Hal ini kerana aku tidak menyumbang sesuatu untuk sahabat-sahabat dan UKM sendiri kepada perkara yang menggembirakan aku. Aku seringkali lari dan lari daripada masalah yang aku cipta sendiri. Kadangkala aku aku sendiri fikir, sampai bila aku harus berlari......seharusnya aku perlu berdiri dan berdepan dengan masalah yang aku cipta itu. Tapi aku tidak mempunyai kekuatan. Entahlah...Aku tak tahu nak kata apa lagi..........

Monday, September 9, 2013

tiada alasan untuk meminta maaf

Menjadi seorang pemimpin bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bukan juga sesuatu perkara dilaksanakan dengan arahan semata. Menjadi pemimpin memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Aku tidak pernah mengimpikan menjadi seorang pemimpin Cuma berangan sahaja..Oh apa beza  impi dan berangan?. Antara sebab aku tidak mahu menjadi pemimpin kerana aku tidak suka menjadi perhatian orang. Nanti segala gerak geri aku akan diperhatikan. Aku bukanlah seoarang yang pandai berkomunikasi dengan baik. Mungkin aku mempunyai salah satu cirri-ciri kanak-kanak autism. Tambahan pula, umur aku muda berbanding rakan-rakan ku yang lain. Hal ini menyebabakan aku berasa rendah dri dan merasakan mereka lebih hebat berbanding aku.

Oh itu satu pembebelan aku dalam bentuk tulisan. Dan aku sebenarnya telah menjadi seorang majils perwakilan pelajar dimana ianya bukan kemahuan aku. Aku tidak kisah sekiranya pada waktu itu aku tahun 3 tapi aku mendapat jawatan tersebut dimana hati aku ketika itu sudah menyerahkan tanggungjawab kepada junior. Namun begitu, harapan sahabat-sahabat aku menyebabkan aku tidak sampai hati untuk menolaknya sedangkan aku tahu aku tidak  mampu pada ketika itu. Aku faham bukanlah alasan aku untuk menolak sekiranya aku praktikal ketika itu. Tapi fikiran aku sudah dipahatkan untuk diserahkan pada junior. Maka mungkin gerak kerja aku tidak seperti yang diinginkan. Rasa bersalah terhadap rakan-rakan lain kerana tidak membantu mereka saban hari menghantui aku kerana aku seringkali bermimpikan mereka. Dalam mimipi aku hanya menyatakan kemaafan aku tapi realitinya kemaafan itu tidak diluahkan.


Mungkin apa yang ditaipkan ini tidak diterima sebagai alasan untuk meminta maaf. Mungkin bagi kamu, aku ini seharusnya sudah matang dan bersifat tanggungjawab. Mungkin mereka tidak tahu aku dahulu ketika zaman sekolah hanyalah murid biasa, yang tiada apa-apa. Sebenanrnya tiada alasan untuk meminta maaf. Mungkin ini penjelasan sekiranya kamu bertanya tentang aku.