Kenapa jiwa kita tidak tenang?kerana kita memilik hati yang kotor. Bagaimana kotoran itu melekat pada hati kita? Mungkin inilah sebab-sebabnya:
Perasaan buruk sangka seringkali hadir dalam hidup kita. Kita menyangka kitalah lebih baik berbanding dia. Siapa kita untuk menghakiminya?. Saya tidak bertanya pada anda tetapi pada diri sendiri. Contohnya kita seringkali lihat rakan kita tidak hadir ke kelas. Kita syak dia malas, walhal dia sedang sakit. Jika sekiranya memang betul dia malas, janganlah kita membenci dia.Tetapi bencilah perbuatannya.Kita seringkali sibuk memikirkan keburukan orang lain hingga tidak nampak akan keburukan diri sendiri. Bila kita fikir keburukan orang lain, hati kita akan selalu mencari perkara negetif. Maka disitu jiwa kita tidak tenang.
Selain itu, kita mungkin tidak berpuashati dengan kesenangan atau kejayaan orang lain. Kenapa kita perlu cemburu?. Mungkin mereka memang sudah berusaha dengan bersunguh-sungguh untuk mendapat kajayaan tersebut. Saya tidak kata salah cemburu. Cemburu untuk menjadi perangsang kepada kita untuk menjadikan kita lebih baik tidak apa tetapi kalau cemburu yang dapat memudaratkan orang lain, itulah yang menyebabkan jiwa gundah gulana. Namun begitu, biarlah kita buat sesuatu dengan Lillahitaala, barulah jiwa akan tenang.

Jiwa yang tenang ialah mereka yang selalu ingatkan ALLAH. Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (al-Ra’d 13:28).
Sentiasa berbaik sangka menyebabkan, jiwa kita tenang kerana kita tidak perlu bersusah payah mencari kesalahan orang lain. Pandanglah mereka sebagai seorang mahluk yang diciptakan oleh Allah. Sentiasa berfikir positif. Mungkin dialah lebih baik daripada aku.Mungkin suatu hari dia menjadi sahabat yang sentiasa mengingati aku tentang kebaikan. Bukankah setiap kata yang dituturkan boleh menjadi doa...
Jauhilah perkara yang menyebabkan kita semakin jauh dengan Allah dan dekatilah shabat-sahabat yang soleh.
No comments:
Post a Comment