Thursday, January 26, 2012

Saya di Rumah

Pantas sungguh masa berlalu.Perkataan yang selalu diungkapkan oleh suri rumah, pekerja, pelajar, tukang cuci, guru besar dan manusia sekalian alam. Tahun 2012, saya menjejaki umur 21 tahun. Hampir 3 tahun saya berada di UKM.Periksa akhir semester 1 baru seminggu berlalu.Kini saya berada di rumah tapi bukan rumah saya.


Tidak sabar rasanya nak pindah rumah.Bila agaknya nak siap.Budak-budak sekolah cuti seminggu. Jadi, saya dipertanggungjawabkan untuk mengajar adik saya yang berumur 11 tahun tapi perangai macam budak 4 tahun.Dia cerita yang dia mendapat masuk ke pertandingan bola sepak.Erm...bagus-bagus. Zaman kanak-kanaklah kita kena enjoy hidup kita kerana bila dah dewasa banyak benda yang merunsingkan fikiran kita.

Saya pula menjadi full housewife.HEhe....macam biasalah memasak, membasuh, menyidai dan menonton eh....silap. Hari Rabu haritu kemas pinggan mangkuk kat rumah yang direnovate.Adik saya yang akan masuk u 31 januari ni dia mengecat bilik.

Adik saya yang perempuan, SPM tahun ini. Belajarlah kerjanya apa lagi. Belajar bersungguh-sungguh yang penting ikhlas.Jadilah nak jadi apa yang penting dapat sumbangkan sesuatu untuk agama. Hidup ini tidak selalu indah, kekadang di atas kekadang dibawah. Kalau dah biasa di atas, perit untuk berada di bawah. Itulah lumrah alam namanya.

Mungkin banyak lagi kisah-kisah saya di rumah yang mungkin boleh menjadi suatu langkah perjalanan hidup ini.

Ceriakanlah hatimu.Ingat Allah selalu.





No comments:

Post a Comment