Kadang-kadang kita rasa tertekan bila banayk kerja yang kita kena buat. Tambahan-tambahan lagi, kerja tu kena siap cepat. Tambahan-tambahan kerja tu berkumpulan. Dan sudah tentu kita perlu kerjsama semua pihak.Dan sudah tentu terdapat banyak suara-suara, pandangan dan ketidakpuashatian. Ya,kita mahu yang terbaik untuk kita. Tetapi pada masa yang sama kita perlu faham situasi setiap ahli kita. Janganlah kita asyik menekan tanpa ada toleransi. Hidup di dunia ni sudah semestinya kita akan berhubung dengan manusia. Maka, banyaklah masalah yang timbul ataupun masalah selesai. Ianya bergantung kepada kita bagaimana mahu menyelesaikannya.
Teringat kata2 dr Muhaya di corong radio IKIM, kita buat kerja tu jangan hiraukan orang nak kata apa. If orang kata baik atau salah, kita buat je yang penting niat kita macam mana. Bersihkanlah hati kita dari perasaan syak wasangka. Sentiasa berfikiran terbuka dan pandang mulia terhadap seseorang. Mungkin mereka itu lebih baik daripada kita.
Bila berhubung dengan manusia tidak sah tiada pergaduhan atau perselisihan faham. Tapi, seeloknya binalah hubungan kita dengan Allah sebaiknya. InsyaAllah hubungan dengan manusia akan dipermudahkan. Kita hidup ini adalah saling lengkap melengkapi.
berlapang dadalah klu ada orng kata xelok/fikir buruk pd kita...byk2 sabar..yg penting, kita kena positif...knjungn prtama kali di sini=): Sekitar Hari Raya I'dil Adha
ReplyDelete