Tuesday, October 25, 2011

BILA berhubung dengan manusia

Kadang-kadang kita rasa tertekan bila banayk kerja yang kita kena buat. Tambahan-tambahan lagi, kerja tu kena siap cepat. Tambahan-tambahan kerja tu berkumpulan. Dan sudah tentu kita perlu kerjsama semua pihak.Dan sudah tentu terdapat banyak suara-suara, pandangan dan ketidakpuashatian. Ya,kita mahu yang terbaik untuk kita. Tetapi pada masa yang sama kita perlu faham situasi setiap ahli kita. Janganlah kita asyik menekan tanpa ada toleransi. Hidup di dunia ni sudah semestinya kita akan berhubung dengan manusia. Maka, banyaklah masalah yang timbul ataupun masalah selesai. Ianya bergantung kepada kita bagaimana mahu menyelesaikannya.

Teringat kata2 dr Muhaya di corong radio IKIM, kita buat kerja tu jangan hiraukan orang nak kata apa. If orang kata baik atau salah, kita buat je yang penting niat kita macam mana. Bersihkanlah hati kita dari perasaan syak wasangka. Sentiasa berfikiran terbuka dan pandang mulia terhadap seseorang. Mungkin mereka itu lebih baik daripada kita.

Bila berhubung dengan manusia tidak sah tiada pergaduhan atau perselisihan faham. Tapi, seeloknya binalah hubungan kita dengan Allah sebaiknya. InsyaAllah hubungan dengan manusia akan dipermudahkan. Kita hidup ini adalah saling lengkap melengkapi.

Friday, October 21, 2011

masa

masa yang aku ada...banyak sebenarnya tapi aku yang tidak reti guna. Kadangkala aku rasa useless, coz banyak yang sebenarnya aku boleh buat tapi tak buat-buat.Orang lain pun sibuk, tapi diorang reti guna masa.rindu zaman sekolah dulu.Agak rajin juga lah ..continue....

Wednesday, October 5, 2011

BILA HATI RISAU

Risaunya hatiku. Banyak perkara yang perlu dibuat. Tapi Tindakan? kurang sangat.Macam mana ni ya. Aduh kusut...Tolong..Tak boleh buat kerja seorang. kena ada yang bantu. Sebenanrnya bukannya banyak pun.Tapi entahlah tak reti manage...Bila risau jadi tak semangat nak buat kerja.Ada Tak sesiapa yang boleh bantu atau bagi nasihat tentang management.?

Banyakkan berzikir, hati akan menjadi tenang. Mintalah pertolongan dengan Allah. Rakan-rakan bantulah.Jangan biarkan rakan anda selesaikan sesuatu maslah keseorangan. Hidup dalam dunia ini saling bergantung.

Sunday, October 2, 2011

tak pasti

setiap hari aku berfikir,
mungkinkah aku masih mempunyai hari esok,
mungkinkah aku masih dapat bergelak ketawa,
mungkinkah aku dapat mengalirkan air mata,

aku tak tahu,
aku tak tahu adakah masih ada esok,
aku tak tahu adakah aku bisa bergurau senda,
aku tak tahu adakah titisan air mata dapat mengubat segala,

yang aku pasti
yang aku tahu
mati tetap menjelma