Sunday, October 31, 2010

KUATKAN HATI KAMI

Sajak yang direka dah lama selepas terpaksa dihantar ke suatu tempat....
hehe tidak sedap pun cuma mengekspreskan apa yang hati ini rasa
Tak tahulah tajuk dia pe....



Aku tidak sangka
Bahawa kita akan bertemu disini
mempunyai tujuan yang sama
Dimana permulaanya hanya
untuk menggapai cita-cita
dan tiba-tiba
Kita semua telah terjatuh dilembah
ukhwah...
Detik pertemuan semuanya telah diatur-Nya
Diantara kita semuanya berbeza
tapi disatukan oleh satu iaitu agama
Walaupun kita dibenci oleh "mereka"
Kita tetap berusaha mencari makna
Makna cinta...
Cinta Allah yang maha Esa

Hidup itu tidak begitu mudah
walaupun hati ini terpaksa
ku teruskan jua
walau dimana sahaja kita berada
Wahai sahabat
janganlah engkau berduka
walaupun kita diseksa
walaupun kita dicerca
walaupun kita diluka
kerana semua itu adalah
tarbiyah dari-Nya
Maka janganlah berputus asa


Ya Allah tetapkan hati kami,
Agar kami bersatu hati,
Dengan anggota-anggota kami sendiri.
Untuk menegakkan Islam di bumi ini........

Friday, October 29, 2010

APA NAK JADI?


Masihkah kita ingat pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.......

Apa nak jadi dengan dunia sekarang?
Setiap hari ada saja yang membunuh,
yang dibunuh,
dengan kejam tanpa ada perikemanusiaan
mungkinkah ini satu petanda dunia nak kiamat?
tapi apakah usaha kita?
masihkah kita mampu ketawa,
besuka-suka?
Kalau agama dibelakangkan...
inilah jadinya...



Astaghfirullah...
Wahai manusia kembalilah.....
Kembalillah kepada Allah
Tuhanmu pencipta sekalian alam..

Thursday, October 28, 2010

Wednesday, October 27, 2010

EXAM 2010/2011 SEM 1

HAHA.....lama betul x post something kat blog dari exam sem lepas sampai exam sekarang..
asal exam je nak wat blog coz otak tengah bengong studi....kadang-kadang rasa cam bukan bosan tp x boleh nak stay lme2 ap org kata sudy gle2 lebih kurang ar...anyway all the best to my self