1 Febuari 2011
Aku basuh baju jam 7 pagi. Keretaapi bertolak ke kluang dari kajang jam 9.30 pagi. Ujian pertama, selesai basuh baju, aku dapati aku terkunci diluar. Ya Allah....tolonglah jangnlah terkunci kata hatiku. Aku segera pergi ke bilik kawanku pinjam tudung dan stokin untuk ke pejabat.
Alamak...orang yang jaga kunci pula datang pukul 8.30. macam mana ni? Target nak keluar pukul 8.00 Adui...Sabar jelah. Selesai dapat kunci aku terus lari naik ke bilik. Jantung dah berdegup kencang kepenatan.
Turun dalam pukul 9 naik rapid dan aku berharap moga2 sempat sampai. Setelah turun di ktm kajang, pengumuman mengatakan train ke singapore dari butterworth dibatalkan. Biar betul????? aku dengar sekali lagi memang betul coz ada banjir di Gemas. Ya Allah...nak naik apa ni? Aku mendapatkan wangku kembali dan membeli tiket komuter ke seremban. Nak ke bukit jalil aku dah tak sanggup....
Alhamdulillah ada tiket di seremben ke Jb. bertolak dalam pukul 11.30. akhirnya aku sampai di JB ayah ku ambil dalam pikul 4.00 petang.
3 Februari 2011
Kami sekeluarga mahu mengambil adikku di stesen bas dan seterusnya pulang ke kampung di batu pahat bertolak dalam pukul 9.00 mlm. Aku rasa macam ada yang tak kena. Semasa dalam perjalanan ada bunyi pelik. Mak aku ingat ada lori kat belakang. Tapi aku rasa kereta kami yang berbunyi. Sah memang kereta unser ni coz tanya bocor. Syukur alhamdulillah kami selamat kerana ayah bawa perlahan.Keadaan sekililing kami gelap gelita yang ada hanya lampu2 kereta. Aduh macam mana ni...Ya allah tolong kami. Kesian adikku terpaksa tunggu lama di stesen bas Kluang.
Ayah mencari sekiranya ada peralatan yang boleh digunakan untuk menukar tayar. Akhirnya adikku yang kecil sekali jumpa jet. Alhamdulillah ada juga peralatan. Setelah keluarkan tayar yang bocor n koyak, nak masukkkan tayar ganti pulak bermasalah coz tanah tinggi. Macam mana ni? Adikku yang perempuan member idea agar mengorek tanah tersebut. Tapi nak guna apa? mana ada cangkul ke batu ke...Tapi Alahmdulillah ada parang di dalam kereta. ayahku korek tanah tersebut. Keadaan bertambah runcing apabila hujan. aku hanya TOLONG lihat..hehehe dan tolong payungkan serta suluhkan. Aku agum dengan semangat adikku lakiku yang kecil untuk menolong walaupun umurnya baru 10 tahun.
Setelah berjam-jam lamanya akhirnya siap juga hampir pukul 12 malm. Kami segera mengambil adikku yang sudah lama tunggu di stesen bas Kluang. Niat kami mahu pulang ke kampung terpaksa ditunda keesokan harinya kerana pakaian kami penuh dengan tanah akibat hujan. Semasa mengisi minyak di Kluang kami nampak banyak tanglung dilangit. Wah...yelah nak raya cina kan.alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah.
Segala ujian yang Allah bagi ada hikmahnya. Dia suruh kita bermuhasabah. Allah dah sediakan jalan penyelesaian dan kita perlu bijak menyelesaikan. dengan penuh sabar dan berhikmah.
Bagiku itulah pengalaman bermakna dalam hidupku..:)